Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Manjung, menjalankan siasatan terhadap sebuah restoran di Seri Manjung di sini, yang dikesan menggunakan ayat al-Quran sebagai representasi takrif halal sehingga mendatangkan kekeliruan kepada umat Islam.
Ketuanya, Wan Muhammad Badro Wan Mahmod berkata, pihaknnya menerima aduan itu daripada orang awam sebelum menjalankan pemeriksaan hari ini.
Menurutnya, hasil pemeriksaan yang dijalankan mendapati pemilik premis itu adalah warga tempatan dan sudah beroperasi selama tiga tahun.
"Pemiliknya gagal menunjukkan perakuan atau pengesahan daripada Jabatan Agama Islam yang melayakkan premis perniagaan ini menggunakan representasi ayat-ayat al-Quran di dalam premis,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Susulan itu, katanya, pemilik premis ditahan untuk diambil keterangan dan beberapa barangan terbabit disita untuk siasatan lanjut.
Wan Muhammad Badro berkata, kes akan disiasat mengikut Perenggan 4 Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 iaitu iaitu ‘mana-mana orang yang membekalkan atau menawarkan untuk membekalkan apa-apa makanan dengan membuat apa-apa representasi atau perbuatan yang boleh memperdayakan atau mengelirukan mana-mana orang bahawa makanan itu adalah halal atau boleh dimakan oleh orang Islam adalah melakukan satu kesalahan’.
Menurutnya, KPDNHEP Manjung memandang serius dan akan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang menggunakan perbahasaan halal ke atas premis dan barang makanan dan perkhidmatan keluaran mereka.
“Peniaga perlu tahu akan kesalahan yang melibatkan makanan, barangan dan perkhidmatan serta penggunaan logo halal atau apa-apa representasi yang menunjukkan bahawa makanan atau barang-barang yang boleh dimakan atau digunakan oleh orang Islam,” ujarnya.
Beliau menasihatkan pengusaha restoran atau syarikat supaya berhati-hati dalam menggunakan perbahasaan halal dan perlu memastikan bahawa setiap makanan atau barang-barang keluaran mereka hanya menggunakan perakuan perihal halal dan penandaan halal yang mendapat perakuan daripada pihak berwibawa serta ditanda dengan logo sebagaimana yang dinyatakan dalam undang-undang.
Abd Razak Mohd Ali
Thu Sep 17 2020

KPDNHEP menjalankan siasatan terhadap sebuah restoran di Seri Manjung yang dikesan menggunakan ayat Quran sebagai representasi takrif halal. - Foto ihsan KPDNHEP

COVID-19: Pilihan raya dan pilihan rakyat
Pilihan raya demokrasi menjadi bahagian penting dalam mana-mana negara yang mengamalkan sistem berparlimen dan demokrasi.

Chelsea pecat Lampard susulan prestasi buruk
Tugas itu bakal diganti oleh bekas pengendali Paris St Germain (PSG), Thomas Tuchel, media British melaporkan.

AWANI Ringkas: MITI: Perlu lihat cadangan lain | Paip di Sabah dari zaman perang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (6:00AM).

COVID-19: Korban seluruh dunia cecah 2.13 juta
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 25.21 juta kes.

COVID-19: Kes positif global hampir lepasi 100 juta
Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 25.21 juta kes.

Pakej PERMAI beri impak fiskal minimum kepada negara - MoF
Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) dijangka memberikan impak fiskal minimum kepada negara.

COVID-19: Thailand rekod 914 kes baharu susulan saringan besar-besaran
Thailand merekodkan 914 kes baharu COVID-19 susulan pelaksanaan ujian besar-besaran yang dijalankan di Samut Sakhon.

Inisiatif pelupusan pinjaman: Peminjam pelajaran Yayasan Selangor diminta semak status masing-masing
Inisiatif Kerajaan Negeri Selangor tersebut akan memberi manfaat kepada 762 peminjam dengan implikasi kewangan berjumlah RM7.17 juta.

CAAM umum arahan dron baharu bulan depan
CAAM akan berusaha mengeluarkan arahan baharu bagi sistem pesawat tanpa pemandu (UAV) atau dron pada bulan depan.

Proklamasi darurat: Beri rakyat kefahaman jelas - Syed Ali
Kerajaan disaran memberi penjelasan berhubung maksud dan kepentingan proklamasi darurat kepada rakyat secara berterusan bagi mengelak sebarang kekeliruan dan salah tanggapan.

KPDNHEP siasat restoran guna ayat Quran sebagai takrif halal
KPDNHEP menjalankan siasatan terhadap sebuah restoran di Seri Manjung yang dikesan menggunakan ayat al-Quran sebagai representasi takrif halal.