awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
750 juta orang berdepan ketidak jaminan makanan global - IFAD
Gunung Marapi di Indonesia meletus, sembur abu setinggi 600 meter ke udara
Pengawal selia Jerman denda Amazon AS$67 juta berikutan amalan penetapan harga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDNHEP tahan kapal pelancongan pindah diesel haram

Bernama
Bernama
07/04/2022
05:59 MYT
KPDNHEP tahan kapal pelancongan pindah diesel haram
Siasatan bagi mengesan pemilik sebenar kapal berkenaan dan sumber diesel tersebut diperoleh akan dijalankan secara terperinci. - Bernama
KUALA NERUS: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu menahan sebuah kapal pelancongan yang dipercayai menjalankan aktiviti pemindahan diesel secara haram di sebuah jeti persendirian di Kampung Batin di sini, malam tadi.
Pengarah KPDNHEP Terengganu Saharuddin Mohd Kia berkata, dalam operasi kira-kira 11.15 malam itu, tiga lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 30-an yang juga pekerja kapal berkenaan turut ditahan.
Beliau berkata serbuan dilakukan oleh lapan anggota dan pegawai penguat kuasa selepas pemantauan selama tiga bulan hasil maklumat orang awam dan risikan pihaknya.
"Kami berjaya merampas 46,000 liter diesel dan sebuah kapal pelancongan yang telah diubah suai untuk tujuan penyelewengan dan anggaran nilai rampasan keseluruhan hampir RM400,000.
"Ketika serbuan, ketiga-tiga lelaki tersebut sedang leka menjalankan kerja-kerja pemindahan minyak diesel dari square tank di atas kapal ke sebuah skid tank di jeti persendirian," katanya pada sidang media di jeti persendirian Kampung Batin, hari ini.
Menurut Saharuddin, siasatan bagi mengesan pemilik sebenar kapal berkenaan dan sumber diesel tersebut diperoleh akan dijalankan secara terperinci.
"Tiga lelaki yang ditahan akan disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan dalam keadaan yang menimbulkan syak munasabah untuk melakukan kesalahan.
"Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda sebanyak RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, manakala hukuman bagi syarikat adalah denda tidak melebihi RM2 juta," katanya.
Dalam pada itu beliau berkata pihaknya amat mengalu-alukan kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat bagi membantu siasatan kes tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kapal pelancongan
#KPDNHEP
#diesel
#seleweng diesel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan