KUALA TERENGGANU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu merekodkan sebanyak 668 kes pelbagai kesalahan hasil 51,160 pemeriksaan yang dijalankan sepanjang tahun lepas.
Pengarahnya Saharuddin Mohd Kia berkata semua kesalahan berkenaan melibatkan nilai rampasan barangan sebanyak RM1.27 juta dan kompaun bernilai RM189,750.
Beliau berkata antara kesalahan tertinggi direkodkan ialah berkaitan pelanggaran Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dengan 266 kes, diikuti 215 kes di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972.
Katanya, KPDNHEP Terengganu turut merekodkan 116 kesalahan dalam pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
"Setiap hari, KPDNHEP Terengganu sentiasa memantau dan membuat pemeriksaan harga barangan di seluruh negeri dan kita turut bekerjasama dengan jabatan dan agensi kerajaan yang lain untuk mengadakan operasi secara berkala.
"Pemeriksaan mengejut turut diadakan sekiranya kita mendapat aduan daripada orang ramai mengenai sesuatu isu berkaitan kepenggunaan seperti kenaikan harga barang melampau atau ketiadaan stok di pasaran," katanya.
Orang ramai digalakkan membuat laporan di portal e-aduan@kpdnhep.gov.my, talian Hotline KPDNHEP 1800-886-800, melalui e-mel e-aduan@kpdnhep.gov.my, aplikasi Telefon Pintar EzADU, whatsapp ke 019-2794317 atau di Facebook dan Twitter KPDNHEP Terengganu untuk membolehkan siasatan terperinci dilakukan, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 20 2022

Saharuddin berkata, KPDNHEP Terengganu turut merekodkan 116 kesalahan dalam pematuhan SOP di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. - Gambar fail

AWANI Ringkas: PRU15 | Amanah mahu tanding banyak kerusi

Carilamat | Nelayan dikhuatiri lemas selepas mencandat sotong
Seorang nelayan warga emas dikhuatiri lemas dipercayai terjatuh ke laut selepas mencandat sotong di kedudukan empat batu nautika Kuala Chendering pada Isnin.
![[TERKINI] Bomba Perak jumpa separuh tubuh manusia di Gunung Suku, Perak [TERKINI] Bomba Perak jumpa separuh tubuh manusia di Gunung Suku, Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1967186/thumbnails/23697343381652681744967_640x360.jpg)
[TERKINI] Bomba Perak jumpa separuh tubuh manusia di Gunung Suku, Perak
Bomba Perak menjumpai separuh tubuh manusia di kawasan Gunung Suku, Simpang Pulai. Menurut Jurucakap Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, ia dipercayai milik salah seorang pendaki wanita yang dihanyutkan kepala air ketika mendaki di kawasan tersebut pada Ahad.

Azmin sebak, hiba sewaktu lawat pusara Haron Din di California
Azmin sebak mengenangkan pertemuan terakhir dengan Allahyarham Haron pada 9 September 2016 di Masjid Al Umm, Bangi.

Fenomena kepala air: Penyelamat jumpa separuh badan mangsa
Separuh tubuh manusia itu dipercayai milik salah seorang pendaki wanita yang dihanyutkan kepala air ketika mendaki pada Ahad.

PRU15 | Amanah Pulau Pinang tanding dua Parlimen, lima DUN
Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Pulau Pinang, Dr Roslan Ahmad memaklumkan, pihaknya telah memutuskan untuk bertanding di dua kerusi Parlimen dan lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Sukan SEA Hanoi: Mohd Khairi sumbang emas kedua buat silat
Kejayaan itu dilakar Mohd Khairi Adib Azhar yang menundukkan Indonesia.

13 maut, 12 parah dalam kemalangan bas langgar tiang plaza tol
Tragedi berlaku di Kilometer 712400 jalur A Tol Sumo arah Surabaya sekitar pukul 6 pagi (waktu tempatan).

PRU15: UMNO tidak terikat dengan mana-mana pakatan politik
Tegas beliau, 'pemetaan siasah' dan wibawa politik parti itu akan dapat berdiri dengan kekuatannya sendiri.

AWANI Ringkas: 1,058,626 kanak-kanak kini lengkap vaksin

Bekalan telur terhad bagi gred tertentu sahaja - KPDNHEP Terengganu
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu menafikan laporan mendakwa bekalan telur di negeri itu telah kehabisan.

KPDNHEP Terengganu rekod 668 kes pelbagai kesalahan sepanjang 2021
Semua kesalahan berkenaan melibatkan nilai rampasan barangan sebanyak RM1.27 juta dan kompaun bernilai RM189,750.

KPDNHEP Terengganu keluar 47 notis kepada peniaga ayam
Harga makanan yang semakin meningkat juga menyebabkan pengeluar terpaksa menanggung kos yang tinggi.