Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sarawak hari ini memberi amaran keras kepada orang awam yang cuba menjual kembali kepak ayam yang dipercayai telah dilupuskan oleh pihak Kastam Sarawak baru-baru ini di Sibu.
Timbalan Pengarah KPDNKK Sarawak, Abd Hafidz A Rahim berkata, kepak ayam tersebut dikhuatiri tidak selamat lagi kerana telah dilupuskan dan tindakan keras akan diambil bagi sesiapa sahaja yang mengambil kesempatan cuba menjual kembali kepak ayam tersebut.
“Saya beri amaran kepada sesiapa yang memungut semula kepak-kepak ayam yang telah dibuang dan kemudian menjual semula kepada pengguna akan dikenakan tindakan dan kita tidak akan berkompromi mengenai perkara ini” katanya pada sidang media di ibu pejabat KPDNKK Kuching pagi Rabu.
BACA: Penduduk gali kepak ayam dibuang
BACA: Pihak berkuasa siasat orang ramai gali kepak ayam dibuang
Menurutnya lagi, jika masih ada orang awam yang berbuat demikian, pihak KPDNKK tidak akan teragak-agak mengenakan denda sebanyak RM250,000 dan penjara 3 tahun di bawah seksyen 23 Akta Perlindungan Pengguna kerana menjual barang yang tidak selamat.
KPDNKK juga katanya akan membuat siasatan segera mengenai perkara ini dan jika terdapat bukti dan maklumat yang tepat berkenaan peniaga yang menjual kepak ayam tersebut tindakan akan diambil kepada peniaga berkenaan.
Dipercayai sebelum ini beberapa buah lori membawa sayap ayam sejuk beku yang diimport daripada New Zealand telah membuang kepak-kepak ayam terbabit dalam lubang besar yang kemudian ditimbus di Bukit Aup, di sini.
Shaibullah Sabeli
Wed Apr 05 2017
Jika masih ada orang awam yang berbuat demikian, pihak KPDNKK tidak akan teragak-agak mengenakan denda sebanyak RM250,000 dan penjara 3 tahun di bawah seksyen 23 Akta Perlindungan Pengguna kerana menjual barang yang tidak selamat. - Gambar fail
Suhu cecah 42 celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu
Untuk rekod, ini merupakan tahun kedua berturut-turut pihak berkuasa Bangladesh mengambil langkah sama akibat cuaca ekstrem.
[TERKINI] Pelayaran ditangguh lagi, Israel didakwa wujudkan kekacauan
Misi pelayaran Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza sekali lagi ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Ariel Henry serah surat letak jawatan selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu.
Freedom Flotilla to Gaza: Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Belum jelas sama ada FFC akan beli atau mendaftar di negara yang kecil seperti Panama atau Liberia.
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
KPDNKK beri amaran keras kepada pihak pungut dan jual balik kepak ayam di Sibu
KPDNKK Sarawak memberi amaran keras kepada orang awam yang cuba menjual kembali kepak ayam yang telah dilupuskan oleh pihak Kastam Sarawak.