awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDNKK Perak rampas barangan tiruan bernilai lebih RM20,000

Bernama
Bernama
29/03/2018
09:25 MYT
KPDNKK Perak rampas barangan tiruan bernilai lebih RM20,000
Peniaga perlu tahu kesalahan yang melibatkan suatu perihal dagangan, termasuklah suatu petunjuk sama ada secara langsung atau tidak langsung, berkenaan barangan atau cap dagangan yang berdaftar bawah Akta Cap Dagang 1976. - Gambar hiasan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perak merampas 824 unit pakaian, selipar dan pelbagai aksesori berjenama terkenal bernilai RM23,458 di sebuah kompleks beli-belah di bandar raya Ipoh, semalam.
Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK negeri Shamsul Nizam Khalil menerusi kenyataan hari ini berkata dalam operasi 12 tengah hari itu, sepasukan 12 anggota dan pegawai penguat kuasa KPDNKK negeri bersama wakil cap dagang telah menjalankan pemeriksaan ke atas dua premis perniagaan di kompleks berkenaan.
Katanya hasil risikan selama seminggu yang dijalankan bersama wakil cap dagang itu mendapati premis tersebut menjual pakaian serta aksesori lelaki dan wanita selain mempunyai cawangan di kompleks beli-belah sama.
"Ketika siasatan awal, kami bertemu dengan seorang lelaki berumur 39 tahun yang mengaku sebagai pekerja premis berkenaan dan mendapati ia telah beroperasi kira-kira dua tahun setelah bergiat aktif di tapak pasar malam dan ekspo di sekitar negeri ini," katanya.
Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 8(2)(b) Akta Perihal Dagangan 2011.
Shamsul Nizam berkata pihaknya memandang serius terhadap tindakan peniaga yang menggunakan perihal dagangan palsu ke atas barangan berjenama dan ia melanggar undang-undang mengikut Akta Perihal Dagangan 2011.
"Peniaga perlu tahu kesalahan yang melibatkan suatu perihal dagangan termasuklah suatu petunjuk sama ada secara langsung atau tidak langsung, dengan apa-apa cara berkenaan barangan atau cap dagangan yang berdaftar bawah Akta Cap Dagang 1976.
"Pengguna juga dinasihatkan tidak menyokong penjualan barangan tiruan dan perlu membuat aduan kepada KPDNKK sekiranya terdapat premis perniagaan yang membekalkan atau menjual barangan perihal dagangan palsu yang berhubung dengan cap dagangan berdaftar," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata sebanyak 16 kes dengan nilai rampasan bernilai RM992,340 melibatkan isu perihal dagangan palsu atau barangan tiruan telah diselesaikan sepanjang Januari tahun lepas hingga semalam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Akta Perihal Dagangan
#cap dagang
#Ipoh
#KPDNKK
#palsu
#peniaga
#rampasan
#Shamsul Nizam Khalil
#tiruan
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan