awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
Rasuah: Bekas Menteri Keadilan China dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDNKK Pulau Pinang lumpuhkan sindiket seleweng LPG

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
19/01/2018
08:30 MYT
KPDNKK Pulau Pinang lumpuhkan sindiket seleweng LPG
Seramai 12 anggota penguatkuasa terlibat dalam Ops Gasak yang dilakukan susulan aduan dan risikan pihaknya seminggu lalu. - Foto Astro AWANI
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pulau Pinang melumpuhkan sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi di sebuah stor haram di Nibong Tebal, Pulau Pinang hari ini.
Pengarah KPDNKK Negeri, Mohd Ridzuan Ab Ghapar berkata dalam serbuan kira- kira jam 11.45 malam Khamis, pihaknya berjaya merampas 143 tong LPG 50 kilogram (kg) dan 287 tong LPG 12 kg dan 14 kg di lokasi berkenaan dengan nilai rampasan berjumlah RM166,454.
Seramai 12 anggota penguatkuasa terlibat dalam Ops Gasak yang dilakukan susulan aduan dan risikan pihaknya seminggu lalu yang mendapati kilang berkenaan menyalahgunakan LPG subsidi untuk kegunaan industri.
Mohd Ridzuan berkata, ketika serbuan dilakukan, pihaknya mendapati kerja- kerja memindahkan gas terbabit sedang dilakukan.
"Dia sebuah stor dan disyaki syarikat yang dapat lesen akan menyalah guna lesen dengan melakukan pemindahan LPG," katanya kepada pemberita.
Semasa serbuan dilakukan, pemilik dan pekerja kilang tiada di premis berkenaan. Bagaimanapun, pihaknya telah mengambil keterangan pemandu lori berusia 40 tahun yang ketika itu berada di premis berkenaan.
Menurut beliau, pihaknya juga telah merampas tiga buah lori serta beberapa peralatan lain.
Kes disiasat mengikut Seksyen 20(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana menyimpan barang kawalan tanpa kebenaran.
Topic Berkaitan
#gas petroleum cecair
#KPDNKK
#KPDNKK Pulau Pinang
#LPG
#Mohd Ridzuan Ab Ghapar
#Nibol Tebal
#Ops Gasak
#stor haram
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan