awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
Rasuah: Bekas Menteri Keadilan China dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDNKK tumpas sindiket seleweng LPG subsidi

Astro Awani
Astro Awani
17/01/2017
10:07 MYT
KPDNKK tumpas sindiket seleweng LPG subsidi
Satu sindiket penyelewengan tong LPG subsidi di Klang dikesan menjana keuntungan mudah dan menyebabkan kerugian subsidi berjumlah RM10 juta. - Gambar fail
Satu sindiket penyelewengan tong gas petroleum cecair (LPG) subsidi di Klang dikesan menjana keuntungan mudah dan menyebabkan kerugian subsidi berjumlah RM10 juta sejak setahun yang lepas.
Keuntungan itu diperolehi sindiket berkenaan hasil pemindahan gas daripada tong domestik seberat 12 dan 14 kilogram (kg) ke tong industri seberat 50 kg.
Kegiatan haram sejak setahun lalu itu lumpuh apabila Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Putrajaya yang menyerbu stor haram LPG itu di Jalan Kebun Nenas.
Operasi khas pada jam 12.30 tengah hari itu membawa kepada penemuan 319 tong gas bersubsidi dan lori tangki membabitkan nilai rampasan melebihi 82 ribu ringgit.
Timbalan Pengarah Penguatkuasa KPDNKK, Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata, serbuan dilakukan hasil risikan pihaknya di premis yang berada di lokasi terpencil itu.
“Sekali lagi pasukan Operasi Khas KPDNKK Putrajaya telah berjaya mengesan dan melumpuhkan sindiket mencuri gas masak bersubsidi di kawasan Klang,” katanya. Sementara itu, Iskandar berkata sepanjang tahun lepas menerusi Ops Gasak, sebanyak 23 kes penyelewengan gas bersubsidi membabitkan kerugian berjumlah RM5 juta berjaya dipatahkan penguatkuasa KPDNKK.
Siasatan diklasifikasikan mengikut Seksyen 20(1) dan 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 serta Peraturan 3(1) Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan 1974.
Topic Berkaitan
#Datuk Iskandar Halim Sulaiman
#KPDNKK
#LPG
#Ops Gasak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan