KUCHING: Sebanyak 206 prosedur pembedahan ganti sendi lutut berjaya dilakukan menggunakan teknologi canggih Pembantu Pembedahan Robotik (ROSA) di Hospital Pakar KPJ Kuching sejak Ogos lalu.
Menurut pakar bedah ortopediknya, Dr Lee Woo Guan, kaedah pembedahan invasif minimum ini mengurangkan kecederaan semasa pembedahan.
Ia sekali gus memendekkan masa pemulihan pascapembedahan kepada tempoh kurang dua minggu untuk pesakit kembali berjalan tanpa memerlukan tongkat, berbanding empat minggu jika menggunakan kaedah tradisional.
“Ia mengurangkan kesilapan pembedahan, maksudnya tidak perlu lepaskan banyak ligamen. Maka pemulihan pesakit akan lebih cepat dan apabila penjajaran (alignment) itu betul maka implan itu boleh tahan lama sehingga 25 tahun.
“Peranan robot itu bermula sebelum pembedahan dengan pesakit perlu melakukan imbasan sinar-X khas untuk melihat penjajaran lutut dari pinggul ke buku lali dan kemudiannya dihantar ke pusat mesin di Montreal, Kanada untuk menjana model khas pembedahan yang disesuaikan bagi pesakit berkenaan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media dalam sebuah majlis tertutup '200 Leaps, A Million Smiles: KPJ Kuching's Remarkable Journey with ROSA' yang disempurnakan oleh Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Profesor Dr. Sim Kui Hian merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dekat sini pada Khamis.
Katanya lagi, Hospital Pakar KPJ merupakan pusat rawatan yang pertama dan satu-satunya fasiliti kesihatan di Borneo yang mempunyai teknologi robotik untuk penjagaan ortopedik pada waktu ini dengan kos yang lebih murah berbanding di Semenanjung Malaysia.
“Kos pembedahan bagi satu lutut di sini adalah bermula daripada RM31,888 untuk sebelah lutut dan bermula RM58,888 ribu untuk kedua-dua lutut berbanding RM40,000 untuk satu lutut dan RM70,000 untuk dua lutut di Semenanjung,” ujarnya lagi.
Sementara itu, Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare Berhad, Chin Keat Chyuan berkata pihaknya mahu memperluas penggunaan teknologi robotik di pelbagai fasiliti kesihatan KPJ di wilayah lain bagi mengulangi kejayaan yang sama.
“Antaranya kami melihat kepada Hospital Pakar KPJ Ipoh, Hospital Pakar KPJ Damansara 2, Hospital Pakar KPJ Puteri, dan satu lagi di Sarawak iaitu di Pusat Perubatan Pakar KPJ Sibu,”
katanya.
Astro Awani
Sun Mar 31 2024
Dr Lee Woo Guan, berkata kaedah pembedahan invasif minimum ini mengurangkan kecederaan semasa pembedahan.
13 negara gesa sekatan terhadap Israel daripada serang Rafah
Antara negara yang menandatangani surat berkenaan ialah Australia, yang mana menteri-menteri luar negara terbabit turut meminta gencatan senjata yang mampan.
Sekolah di bandar Bitung ditutup
Sekolah-sekolah ditutup di Bandar Bitung selepas abu dan hujan dari gunung berapi Ruang mencurah di Sulawesi Utara Indonesia.
40 senator Thailand mohon pemecatan Srettha
Ketika rombakan Kabinet bulan lalu, senator itu membantah pelantikan bekas peguam, Pichit Cuenban, sebagai Menteri di pejabat Srettha.
Lelaki bakar rumah ibadat ditembak mati
Polis menembak mati seorang lelaki bersenjata yang membakar rumah ibadat di Rouen Perancis.
Bayaran dam dan korban melalui THiJARI diteruskan
Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan perkhidmatan bayaran dam dan korban melalui aplikasi THiJARI untuk musim haji tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya, bagi memudahkan bakal jemaah haji negara untuk melunaskan tanggungjawab masing-masing.
Singapura kutuk, nasihat warganya di Malaysia berhati-hati
Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram di Johor pada Jumaat, yang mengakibatkan kematian dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi.
Pengajaran kepada kita, akibat fahaman radikal
Insiden yang menimpa dua anggota polis di Ulu Tiram patut dijadikan sebagai pengajaran akibat bila berfahaman radikal.
KJ beri gambaran tak cepat kembali ke dunia politik, jika mampu bertahan
Khairy Jamaluddin berkongsi pengalaman dalam program Ayuh Johor, termasuk melibatkan kejayaan ketika menggalas tugas sebagai menteri sehingga kekalahannya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15, yang lalu.
Lebih RM387 juta diperlukan untuk kerja pembaikan cerun runtuh
Lebih RM387 juta diperlukan bagi menjalankan kerja-kerja pembaikan di 531 lokasi cerun runtuh yang dikenal pasti belum dibaiki di seluruh negara.
Mokhzani letak jawatan Pengerusi Maxis
Maxis Bhd pada Jumaat mengumumkan bahawa Pengerusinya, Tan Sri Mokhzani Mahathir akan meletak jawatan berkuat kuasa 30 Jun 2024.
KPJ Kuching laksana lebih 200 pembedahan lutut secara robotik
Pencapaian itu menunjukkan komitmen dalam melaksanakan sistem perubatan berteknologi tinggi dan penjagaan kesihatan mengutamakan pesakit.