awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Afghanistan lancar program bantuan untuk 80,000 keluarga yang pulang
Hezbollah dakwa serangan Israel bunuh penyampai TV Al-Manar di selatan Lubnan
Ketua Peronda Sempadan berundur dari Minneapolis susulan insiden tembakan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPKM komited perkukuh pengurusan tanah lestari negara

Bernama
Bernama
05/12/2025
15:15 MYT
KPKM komited perkukuh pengurusan tanah lestari negara
Nor Sam (tengah) ketika gimik Majlis Perasmian Sambutan Hari Tanah Sedunia 2025 di Klang hari ini. - Gambar Bernama
KLANG: Usaha memperkukuh pengurusan tanah lestari terus menjadi tumpuan utama kerajaan dalam mendepani cabaran urbanisasi dan perubahan iklim, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Arthur Joseph Kurup.

Ringkasan AI
  • Usaha memperkukuh pengurusan tanah lestari menjadi tumpuan utama kerajaan dalam menghadapi cabaran urbanisasi dan perubahan iklim, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup.
  • Tanah dianggap sebagai aset strategik yang perlu dilindungi demi menjamin masa depan sektor agromakanan dan kelestarian ekosistem negara, dengan peruntukkan RM100 juta untuk pemulihan tanah sawah bermasalah dan RM20 juta untuk pembekalan baja foliar serta bahan kesuburan tanah bagi manfaat 6,400 pesawah di seluruh negara.
  • Sambutan Hari Tanah Sedunia 2025 bertemakan "Tanah Sihat untuk Bandar Sejahtera" menjadi platform penting untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan tanah yang sihat terhadap kehidupan manusia, kestabilan iklim, dan keterjaminan makanan.

Beliau berkata tanah sebagai aset strategik perlu dilindungi demi menjamin masa depan sektor agromakanan dan kelestarian ekosistem negara.
"Tanah ialah aset strategik yang bukan sahaja menyokong sektor pertanian di luar bandar tetapi juga mempunyai peranan penting dalam ekosistem bandar melalui kawalan mikroiklim, penapisan sumber air, penyimpanan karbon serta pengeluaran makanan berskala komuniti.
"Walaupun kita bukan negara gersang, kita tidak terkecuali daripada ancaman kemerosotan tanah dan kemarau. Maka sebab itulah pengurusan tanah lestari menjadi teras dalam dasar, strategi dan program agromakanan negara," katanya dalam ucapan pada sambutan Hari Tanah Sedunia 2025 di sini hari ini.
Teks ucapan beliau dibacakan Ketua Pengarah Pertanian Datuk Nor Sam Alwi.
Arthur berkata bagi tujuan itu, kerajaan memperuntukkan RM100 juta untuk pemulihan tanah sawah bermasalah dan dan RM20 juta untuk pembekalan baja foliar serta bahan kesuburan tanah bagi manfaat 6,400 pesawah di seluruh negara melalui Belanjawan 2026.
"Dengan peruntukan ini, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bertekad memastikan amalan pengurusan tanah lestari diarusperdanakan dalam setiap dasar pembangunan pertanian supaya tanah kita kekal sebagai sumber rezeki yang subur dan bukannya warisan terbiar," katanya.
Dengan tema "Tanah Sihat untuk Bandar Sejahtera", sambutan Hari Tanah Sedunia yang disambut setiap 5 Dis menjadi platform penting meningkatkan kesedaran tentang kepentingan tanah yang sihat kepada kehidupan manusia, kestabilan iklim dan keterjaminan makanan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tumpuan utama
#perubahan iklim
#tanah lestari
#ekosistem bandar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan