awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPKT bawa cadangan tingkat kadar elaun tugasan bomba bantuan

Bernama
Bernama
29/06/2020
08:18 MYT
KPKT bawa cadangan tingkat kadar elaun tugasan bomba bantuan
Kebajikan anggota bomba bantuan turut diberi perhatian oleh KPKT. -Gambar hiasan/ Bernama
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan membawa cadangan bagi meningkatkan kadar elaun tugasan anggota bomba bantuan untuk dibincangkan di peringkat kabinet.
Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib berkata ketika ini, anggota bomba bantuan yang terdiri daripada masyarakat setempat yang memberikan perkhidmatan, dengan dibayar RM6 sejam melibatkan syif kerja selama 12 jam.
"Pasukan lain macam (sukarelawan) polis dapat elaun RM8 (sejam). Saya tak nak jadikan ia isu besar tapi yang penting kita akan bantu cari jalan dan mereka dapat sokongan daripada kita," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Chini dekat sini, pada Isnin.
BBP itu yang mula dibina pada akhir Disember 2016 dengan peruntukan RM4.4 juta mula beroperasi sepenuhnya 1 Nov tahun lepas.
Ismail berkata beliau dan Menteri KPKT, Zuraida Kamaruddin komited mencari pendekatan terbaik demi kebajikan anggota bomba dan ia dibuktikan dengan pemberian Elaun Khas Skim Perkhidmatan Bomba sebanyak RM200 sebulan kepada 14,400 anggota pasukan mulai tahun ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bomba
#bomba bantuan
#Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib
#elaun
#KPKT
#tingkat elaun tugasan
#zuraida
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan