awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPKT gesa PBT proaktif selenggara perparitan kurangkan risiko banjir kilat

Bernama
Bernama
20/12/2022
03:30 MYT
KPKT gesa PBT proaktif selenggara perparitan kurangkan risiko banjir kilat
PBT diminta untuk mengenal pasti kawasan parit, longkang, pembetung dan kolam takungan yang berisiko menyebabkan kejadian banjir. - Foto fail/Astro AWANI
PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) menggesa pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk melipatgandakan usaha menyelenggara sistem perparitan bagi mengurangkan risiko banjir kilat semasa monsun timur laut (MTL) melanda negara.
KPKT dalam kenyataan hari ini meminta PBT untuk mengenal pasti kawasan parit, longkang, pembetung dan kolam takungan yang berisiko menyebabkan kejadian banjir serta melaksanakan kerja-kerja pembersihan di lokasi berkenaan bagi melancarkan aliran air.
"PBT juga disyorkan untuk memperbaiki sistem perparitan, longkang dan pembetung yang rosak atau menaik taraf parit yang berisipadu rendah.
"Pihak PBT telah diminta supaya mempergiat pelaksanaan tindakan proaktif untuk mengurangkan risiko banjir kilat semasa MTL," menurut kenyataan itu.
Dalam kenyataan sama, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming meminta PBT untuk memantau dan memastikan pemaju projek pembangunan supaya sentiasa menyelenggara parit, longkang, sistem pembetungan dan kolam takungan serta menjaga kebersihan kawasan pembangunan.
Nga juga menggesa PBT memastikan anggota, fasiliti, peralatan dan jentera mereka sentiasa siap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan banjir.
"Demi kesejahteraan rakyat, tindakan proaktif ini dapat mengurangkan risiko banjir dengan lebih berkesan," katanya.
Mengikut Jabatan Meteorologi Malaysia, luruan kedua MTL yang dijangka berlaku hingga Rabu ini akan memberi impak di kawasan berisiko tinggi termasuk banjir kilat di bandar-bandar.
--BERNAMA
TAG: KPKT, PBT, banjir, MTL, Nga Kor Ming
Topic Berkaitan
#banjir
#Nga Kor Ming
#pbt
#sistem perparitan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan