Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan mengkaji permohonan pembeli rumah mampu milik golongan Bumiputera yang ditolak oleh institusi kewangan.
Menterinya Zuraida Kamaruddin berkata pihaknya juga akan mengadakan pertemuan dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), institusi kewangan termasuk pihak pemaju bagi mencari penyelesaian isu berkenaan.
"Saya mahu tahu berapa banyak golongan Bumiputera yang gagal membeli rumah, dan saya akan berjumpa dengan institusi kewangan dan KWSP serta pemaju sendiri.
"Saya mahu selesaikan isu ini, biar bumiputera diberi keutamaan," kata Zuraida dalam satu sidang media di Tanjung Sepat pada Ahad.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas hasil kajian Institut Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) mencadangkan agar kuota Bumiputera yang tidak terjual dilepaskan ke pasaran terbuka.
Tegas Zuraida, KPKT komited dalam memastikan golongan Bumiputera mampu memiliki rumah, pada masa sama mengatasi lambakan rumah mampu milik kuota Bumiputera yang tidak terjual.
"Kami ada pertemuan dengan REHDA, dan KPKT sedang merancang Dasar Perumahan Negara 2.0 dan di situ ada elemen di mana kami akan mentakrifkan semula 'rumah mampu milik'," kata Zuraida.
Sebelum ini, REHDA mencadangkan supaya harga rumah mampu milik di Semenanjung Malaysia dihadkan dengan unit kediaman di Kuala Lumpur dan Lembah Klang ditawarkan pada harga paling tinggi iaitu RM500,000.
Dalam rumusan laporan kajian rumah mampu milik yang dikeluarkan hari ini, ia menegaskan tanda aras rumah mampu milik adalah berbeza di seluruh negara dan bergantung kepada kelayakan median pendapatan peminjam di negeri-negeri.
Kajian itu turut mengenal pasti sembilan masalah struktur terhadap sistem rumah mampu milik ketika ini, melibatkan persekitaran atau penggiat yang tidak sekata, dasar perumahan yang tegas, lokasi tidak sesuai dan harga tanah.
Dania Zainuddin
Sun Jul 15 2018

"Saya mahu tahu berapa banyak golongan bumiputera yang gagal membeli rumah, dan saya akan berjumpa dengan institusi kewangan dan KWSP serta pemaju sendiri." kata Zuraida.

AWANI Ringkas: Angka kematian akibat COVID-19 terus meningkat | Denmark hentikan penggunaan AstraZeneca

AWANI Ringkas: Trend jangkitan baharu COVID-19 | Kes meningkat, PKP di tujuh jajahan di Kelantan

NATO undur anggota dari Afghanistan mulai 1 Mei
Pengunduran dijangka selesai dalam tempoh beberapa bulan.

Undur dari Afghanistan: Tiba masanya tamat perang paling panjang - Biden
Pengunduran ini, secara signifikannya, dibuat pada tanggal ulang tahun ke-20 serangan pengganas pada 11 September 2001.

COVID-19: Denmark henti penggunaan vaksin Oxford-AstraZeneca
Pengarah Badan Kesihatan Denmark bagaimanapun tidak menolak untuk kembali menggunakan semula vaksin AstraZeneca di masa depan.

COVID-19: Sistem kesihatan di Chile kini kritikal, petugas kesihatan akui terbeban
Pekerja kesihatan ketika ini sedang berjuang menangani sejumlah besar pesakit di hospital dan 30 peratus kakitangan hospital tidak dapat bertugas kerana masalah kesihatan.

AWANI Ringkas: Pengunjung bazar Ramadan diingat patuh SOP | PAGE desak sistem pendidikan negara dirombak

Skuad Harimau Malaya divaksin bermula Isnin depan
78 individu terdiri daripada pemain dan pegawai termasuk Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin, dijangka menerima suntikan dos pertama di Dewan Seri Seroja di Putrajaya.

Kedai perabot di Semanggol musnah terbakar
Pihak bomba masih menyiasat punca kebakaran serta jumlah kerugian.

COVID-19: Angka korban global kini lebih 2.96 juta
Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 564,000 kes.

RM420.8 juta pembiayaan mikro kredit disalur menerusi PENJANA - Tengku Zafrul
Ia termasuk pemohon daripada bidang peruncitan dan perkhidmatan.

Terma wilayah permulaan terbaik untuk kembalikan semangat MA63 - Fadillah
Fadillah Yusof menyifatkan terma wilayah untuk Sarawak dan Sabah sebagai satu permulaan bagi menghidupkan kembali semangat Perjanjian Malaysia (MA63).

PNB tingkat AUM kepada RM322.6 bilion pada 2020 - Zeti
PNB juga terus memberikan pulangan yang kompetitif menerusi pengagihan pendapatan dan bonus berjumlah RM11.1 bilion kepada pemegang unitnya pada TK2020.

PN sebulat suara setuju bantu GPS hadapi Pilihan Raya Negeri Sarawak
Presiden Bersatu merangkap Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempengerusikan mesyuarat MT yang turut dihadiri beberapa ketua-ketua parti komponen.

Jika kawan jangan lawan, amaran Wan Junaidi kepada calon Bersatu di Sarawak
-Tidak perlu hantar calon bertanding di sini (Sarawak) sama ada secara terbuka atau diam-diam. Jika ada calon maksudnya kita tidak sehaluan.

LAKSANA: Negara di fasa kelima Strategi Pemulihan Ekonomi Negara 6R
Fasa ini merangkumi pelaksanaan Belanjawan 2021 bernilai RM322.5 bilion, jumlah terbesar dalam sejarah negara.

Parlimen digantung, isyarat demokrasi Malaysia sudah terkubur
Dalam membicarakan soal demokrasi, isu kemiskinan dalam negara juga harus diberi perhatian, tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sesi interaktif INSKEN platform usahawan bersama MEDAC - Wan Junaidi
Datuk Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, usahawan disarankan untuk beralih ke arah ekonomi digital seiring perubahan era globalisasi.

Sebanyak 1,212 permohonan BEEP bernilai RM175.4 juta diluluskan - SME CORP
Sebanyak 1,212 permohonan Program Peningkatan Enterpris Bumiputera melibatkan usahawan PKS diluluskan dengan nilai geran RM175.4 juta.

Pakej Bantuan PEMERKASA beri kelegaan buat kontraktor - PKBM
PKBM memuji keputusan kerajaan menambah jumlah peruntukan bagi projek tersebut tahun ini, daripada RM2.5 bilion kepada RM5 bilion.