Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan mengeluarkan satu garis panduan dan polisi perumahan awam baru selaras dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan dilaksanakan pada 1 September.
Menterinya Zuraida Kamaruddin berkata, inisiatif itu akan diumumkan selepas selesai kajian ke atas implikasi kos SST terhadap harga rumah yang sedang dijalankan sekarang.
Kajian itu termasuk melihat kepada perbezaan antara kos perumahan awam sedia ada dengan kos selepas SST.
“Polisi dan konsep perumahan awam ini mengambil kira implikasi kos itu. Jadi, KPKT sedang mengkaji implikasi kos, kos yang ada sekarang, apa komponennya.
"Dari situ saya akan buat perbezaan dan keluarkan satu garis panduan kos rumah awam. Garis panduan akan dikeluarkan sekali dengan polisi perumahan awam itu,” katanya pada sidang media selepas melawat cadangan tapak Kompleks Sukan Wanita di Bandar Bukit Puchong di sini hari ini.
“Sekarang Dasar Perumahan Negara sudah siap. Cuma, saya sedang menyediakan satu dasar perumahan awam KPKT. Perdana Menteri minta saya cepatkan juga. Jadi, saya rasa, dalam bulan sembilan,” tambahnya.
Jelasnya lagi, harga perumahan awam boleh diturunkan dengan adanya sistem yang telus dan berkesan.
Sementara itu, mengulas mengenai gesaan kementeriannya kepada kerajaan negeri untuk menyediakan tanah bagi projek perumahan mampu milik, Zuraida berkata setakat ini, hanya Kerajaan Negeri Selangor yang telah memberi maklum balas.
Sehubungan itu, beliau akan membuat cadangan bertulis kepada negeri lain termasuk di bawah pentadbiran parti pembangkang.
"Yang (negeri) lain saya tidak dengar lagi. Saya akan berhubung atau menulis kepada semua Menteri-Menteri Besar untuk mempertimbangkan perkara ini.
"Untuk menurunkan harga rumah, tanah mesti disediakan oleh kerajaan negeri. Kerajaan negeri yang tawarkan saya dahulu, saya akan ambil dulu,” jelasnya.
Menurutnya, beliau akan memastikan tanah yang ditawarkan mempunyi sistem rangkaian jalan dan kemudahan.
“Ini kerana kita tidak mahu golongan B40 tinggal di tempat yang tiada kemudahan sekolah, pengangkutan dan pekerjaan, yang menyulitkan kehidupan mereka. Jadi, kriteria kita ialah, tanah kerajaan negeri mesti ada kemudahan.
"Saya juga sedang usahakan saiz yang sesuai untuk mereka tawarkan."
Pada masa sama, kata Zuraida, kementeriannya telah berbincang dengan Bank Negara Malaysia bagi menyediakan satu formula yang memudahkan pinjaman dan pemilikan rumah mampu milik.
Rahimah Abdullah
Wed Jul 25 2018
Zuraida (tengah) pada sidang media di Bandar Bukit Puchong, Puchong, hari ini. Astro AWANI / RAHIMAH ABDULLAH
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pelajar Malaysia di Syria selamat
Pelajar Malaysia di Syria maklumkan mereka dalam keadaan selamat.
Malaysia wajar sedia pelan kontingensi hadapi dasar Trump 2.0 - Penganalisis
Ini penting bagi membolehkan Malaysia mampu tangani risiko daripada langkah perdagangan bersifat punitif dengan mempelbagai pasaran eksport.
Tatakelola baik, dasar jelas pacu pertumbuhan ekonomi Malaysia - PM Anwar
Dengan semangat melaksanakan perubahan dan ikhlas berkhidmat, Malaysia berpotensi menjadi antara negara hebat di dunia.
Kerajaan tak ada dasar jelas, bimbangkan pelabur - Presiden MCA
Bekas Menteri Pengangkutan itu berkata kenyataan sedemikian mungkin turut memberi kesan kepada peluang pekerjaan dan perniagaan.
KDN lakukan pelarasan dasar, libat elemen penambahbaikan - Saifuddin
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan melakukan beberapa pelarasan melibatkan dasar dan polisi kementerian.
Kerajaan Kelantan laksana sesi libat urus untuk gubal lima dasar
Dasar ini bertujuan menegakkan keadilan tanpa meminggirkan kemajuan di segenap bidang.
'Beri ruang anak muda terangkan situasi sebenar negara' - Shahril Hamdan
Kerajaan perlu mendapatkan input daripada semua golongan muda termasuk mereka yang tidak terlibat dalam politik bagi setiap perangkaan dasar yang bakal dilaksanakan.
Pemain naturalisasi: Jangan tangkap muat lagi, kata Dollah
Jika ia demi kepentingan bola sepak negara, keputusan untuk menghentikan seketika projek itu membawa kepada pelbagai persoalan.
Majlis Ekonomi Digital bantu selaraskan agensi dan kementerian - Mustapa Mohamed
Adalah wajar bagi EPU membuat serta membentangkan kajian mengenai ekonomi digital negara bagi memudahkan penyelarasan itu.
'Taksub' terbitkan makalah: KPI pensyarah perlu berteras negara, masyarakat - MPN
Lebih penting adalah untuk membantu kementerian, agensi dan industri menambah baik proses membuat keputusan dasar, polisi dan program-program.
Hari Wilayah: Rekaan PPR ketinggalan zaman - Khazanah Research Institute
Rekaan PPR harus diberi nafas baru supaya ia menjadi kawasan yang turut mempunyai gaya hidup moden.