awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPKT mohon perolehan darurat bagi penambahbaikan bomba

Bernama
Bernama
19/12/2021
15:34 MYT
KPKT mohon perolehan darurat bagi penambahbaikan bomba
Reezal berkata permohonan itu bukan bermaksud peruntukan sedia ada JBPM tidak mencukupi sebaliknya mahu agensi itu berada pada tahap kesiapsiagaan tinggi untuk melaksanakan tugas. - Gambar fail/BERNAMA
SHAH ALAM: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan memohon perolehan darurat untuk menyediakan peralatan dan aset yang diperlukan bagi penambahbaikan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Menterinya Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata permohonan itu bukan bermaksud peruntukan sedia ada JBPM tidak mencukupi sebaliknya mahu agensi itu berada pada tahap kesiapsiagaan tinggi untuk melaksanakan tugas.
"Apabila air (banjir) di paras rendah, ada keperluan kita menggunakan bot kecil untuk masuk ke kawasan terjejas dan menyelamatkan mangsa dan tidak praktikal untuk menggunakan bot besar.
"Ada di sesetengah peringkat, terdapat keperluan menggunakan bot lebih kecil atau bot gentian kaca dan ini antara yang dilihat untuk ditambah melalui perolehan darurat kerana tiada jalan lain untuk selamatkan mangsa apabila lebuh raya atau jalan-jalan tertentu terputus hubungan," katanya kepada pemberita di Pusat Gerakan Operasi JBPM Selangor di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Pengarah JBPM Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid dan Pengarah Bomba Selangor Norazam Khamis.
Mengenai situasi banjir di Selangor, beliau memaklumkan hasil pemantauan bomba mendapati paras air di beberapa kawasan di sekitar Shah Alam mulai surut.
Reezal Merican berkata bantuan makanan juga perlu diagih kepada mangsa banjir yang tidak dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) misalnya mereka yang terperangkap lama di lebuh raya.
Beliau berkata setakat ini seramai 4,819 anggota bomba termasuk Pasukan Bomba Bantuan (PBB) telah diatur gerak untuk membantu menyelamat dan memindahkan mangsa ke PPS selain menggerakkan 125 kenderaan angkut dan 214 bot ke kawasan terjejas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KPKT
#darurat
#JBPM
#Reezal Merican Naina Merican
#banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan