KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengambil langkah proaktif untuk menambah baik proses permohonan kebenaran merancang terutama melibatkan sektor industri, dalam usaha memudah cara perniagaan.
Antara perkara yang diberi keutamaan dalam penambahbaikan itu adalah kajian untuk mengurangkan serta memendekkan tempoh proses permohonan di dalam OSC 3.0 Plus, termasuk cadangan pindaan tempoh masa bagi pemajuan.
Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata pengurangan protokol dan prosedur itu bagaimanapun tidak akan menjejaskan kualiti perkhidmatan kerajaan kepada rakyat, selain mematuhi semua perundangan berkaitan.
"Antara inisiatif yang dipertimbangkan untuk mempercepat proses permohonan kebenaran adalah pelaksanaan proses Prasyarat, Prarundingan dan Semakan Teknikal yang lebih teratur dan bersepadu.
"Ia dilaksanakan secara dalam talian melalui modul baharu yang akan ditambah baik ke dalam Sistem OSC 3.0 Plus Online sebelum mengemukakan permohonan rasmi kepada OSC," katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.
Katanya, inisiatif Peraturan Kendiri turut diperkenalkan dengan Orang Utama Yang Mengemukakan (PSP) diberi kuasa dan tanggungjawab untuk mengesahkan semua peraturan dan keperluan teknikal sesuatu permohonan telah dipatuhi, khusus kepada kerja ubah suai dan permohonan dalam kategori kebenaran merancang Kecil.
Beliau berkata pihak berkuasa tempatan (PBT) juga melaksanakan langkah untuk memudah cara kelulusan bagi permohonan pelan pemajuan dan permit pembinaan, termasuk menerusi inisiatif E10 yang diperkenalkan Majlis Perbandaran Kulim serta Kulai Fast Lane (KFL) oleh Majlis Perbandaran Kulai.
Ia adalah usaha rintis dalam mempercepatkan proses kelulusan permit pembinaan di kawasan yang telah dikhaskan atau dizonkan sebagai zon industri, katanya.
"Inisiatif itu bertujuan memudah cara proses pelaburan dan perniagaan melalui perancangan awal serta menyediakan platform interaksi yang lebih cekap antara pelabur dan PBT.
"Sebaik sahaja ia diperhalusi, inisiatif ini akan diseragamkan dan dijadikan kaedah untuk diperluaskan pelaksanaannya oleh PBT yang lain," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 31 2023
Nga berkata pengurangan protokol dan prosedur itu bagaimanapun tidak akan menjejaskan kualiti perkhidmatan kerajaan kepada rakyat. - Gambar fail/Bernama
Malaysia manfaat platform WEF untuk suarakan kesepakatan negara-negara Islam
Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan pertemuannya dengan pemimpin negara Islam bagi menyuarakan harapan agar keganasan di Gaza dihentikan.
'Geng Bob' tumpas, lima ditahan disyaki edar dadah
Kesemua suspek yang mempunyai pertalian keluarga dan aktif mengedar dadah antara enam hingga lapan bulan lalu itu ditahan jam 10.50 malam.
Anwar bertemu PM Qatar, zahirkan kesediaan Malaysia beri rawatan kepada rakyat Palestin
Perkara itu dimaklumkan oleh Anwar kepada Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani pada pertemuan dua hala.
Lelaki ditahan bantu siasatan kematian pemuda Orang Asli
Suspek berusia 38 tahun itu telah memandu kenderaan dan membawa mangsa yang didakwa terkena peluru sesat ke Balai Polis Sungai Koyan.
Tourism Johor akan dikorporatkan tahun ini - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan mengkorporatkan Tourism Johor pada tahun ini dalam usaha untuk memperkasakan agensi berkenaan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Beliau mungkin tidak akan bersama kontinjen negara sekiranya tiada 'lampu hijau' berikutan tiga jarinya tidak dapat digunakan dengan baik.
PRK Kuala Kubu Baharu: DAP sokong penuh siapa sahaja calon Kerajaan Perpaduan - Nga
DAP akan memberi sokongan penuh kepada siapa sahaja calon yang mewakili Kerajaan Perpaduan bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei ini.
Ipoh tuan rumah sambutan Hari Bomba Sedunia 2024
Pelbagai acara menarik telah disusun, antara lain mempamerkan kehebatan dan ketangkasan anggota bomba.
Peruntukan bersyarat kepada wakil rakyat pembangkang - Nga Kor Ming
Peruntukan yang bakal disalurkan kepada wakil rakyat pembangkang adalah tertakluk kepada terma dan syarat.
KPKT salur RM5.21 juta tingkatkan infrastruktur Hulu Selangor - Nga
KPKT peruntuk RM5.21 juta bagi menambah baik infrastruktur awam di bawah seliaan Majlis Perbandaran Hulu Selangor dan Projek Kampung Cina.
KPKT arah PBT kompaun individu buang sampah keluar kenderaan
KPKT mengarahkan pihak berkuasa tempatan untuk mengeluarkan kompaun terhadap individu yang membuang sampah keluar dari kenderaan serta-merta.
Malaysia tawar diri Presiden Persidangan UN-Habitat bagi penggal 2026-2029
Nga berkata kementeriannya telah dipertanggungjawabkan untuk membuat segala persiapan bagi memastikan matlamat tersebut tercapai.
Malaysia rekod peningkatan drastik kebakaran terbuka dua bulan pertama 2024 - Nga
Negara merekodkan peningkatan kes kebakaran terbuka yang sangat drastik dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini.
Agong berkenan berangkat rasmi HLN 2024 Mei ini
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan untuk berangkat merasmikan Sambutan Hari Landskap Negara (HLN) 2024 di Taman Tasik Shah Alam, Selangor pada 25 Mei.
KPKT terbuka terima cadangan mana-mana kampung sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sentiasa terbuka untuk menerima sebarang cadangan berkaitan pencalonan mana-mana kampung sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Polis rakam keterangan 11 individu berhubung nota ugutan diterima Nga Kor Ming
Antara individu yang dirakam keterangan mereka termasuk ibu bapa menteri itu serta jirannya.