awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Terbuka Windy City: Sivasangari layak ke suku akhir, Eain Yow dan Aira tersingkir
PM Modi diberi sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold meninggal dunia akibat kanser
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPKT tidak sekat permohonan dana selenggara rumah ibadat bukan Islam - Nga

Bernama
Bernama
28/11/2024
12:33 MYT
KPKT tidak sekat permohonan dana selenggara rumah ibadat bukan Islam - Nga
Menurut Nga setakat Oktober, KPKT telah menyalurkan bantuan penyelenggaraan berjumlah RM46.13 juta kepada 422 rumah ibadat bukan Islam termasuk kuil, gereja, gurdwara dan tokong. - Gambar fail/Jabatan Penerangan
PUTRAJAYA: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) tidak menyekat mana-mana permohonan dana bagi penyelenggaraan rumah ibadat bukan Islam (RIBI), kata Menterinya Nga Kor Ming.
Beliau berkata bantuan kewangan berkenaan diagihkan berdasarkan keperluan setiap pemohon dengan keutamaan diberikan kepada golongan memerlukan bantuan secara mendesak dan yang belum pernah menerima bantuan.
"Inisiatif ini memberi keutamaan kepada rumah ibadat bukan Islam yang memerlukan bantuan segera, selaras dengan komitmen KPKT iaitu 'tiada yang tertinggal, tiada yang terpinggir'.
"Rumah ibadat bukan Islam boleh mengemukakan permohonan kepada KPKT setiap tahun dan kelulusan dana diberikan berdasarkan keperluan serta kedudukan fiskal kewangan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai maklum balas kepada dakwaan sesetengah pihak bahawa keputusan KPKT untuk mengehadkan kekerapan RIBI memohon peruntukan kerajaan adalah tidak munasabah.
Ia susulan pengumuman Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Aiman Athirah Sabu di Dewan Rakyat pada Isnin bahawa RIBI yang sudah mendapat peruntukan hanya boleh memohon semula selepas tiga tahun.
Aiman Athirah dilaporkan berkata KPKT sedang meminda garis panduan permohonan program RIBI bagi memastikan tiada premis yang menerima peruntukan berulang.
Menurut Nga setakat Oktober, KPKT telah menyalurkan bantuan penyelenggaraan berjumlah RM46.13 juta kepada 422 rumah ibadat bukan Islam termasuk kuil, gereja, gurdwara dan tokong.
"Antara jumlah ini, 147 kuil dan 25 gurdwara menerima peruntukan bantuan setinggi RM21.35 juta," katanya.
Dalam Belanjawan 2025, kerajaan MADANI memperuntukkan RM50 juta lagi bagi bantuan penyelenggaraan RIBI sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan yang meraikan kepelbagaian dan menyokong keharmonian serta keperluan komuniti pelbagai budaya dalam negara.
Justeru, Nga memohon agar isu berkenaan tidak dipolitikkan dengan memberi maklumat tidak benar dan cuba mengelirukan masyarakat.
-- BERNAMA
Ikuti laporan yang terperinci Belanjawan 2025 di sini
Topic Berkaitan
#bantuan kewangan
#Belanjawan 2025
#KPKT
#Dewan Rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan