JITRA: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberi amaran kepada pihak pengurusan sekolah di seluruh negara untuk tidak menyembunyikan mana-mana kes COVID-19 membabitkan pelajar, guru dan staf pengurusan.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin menegaskan, pihaknya akan mengambil tindakan tegas sekiranya mendapati mana-mana sekolah di bawah KPM melakukan perbuatan itu.
Beliau bagaimanapun, memaklumkan, sehingga kini, belum ada mana-mana sekolah yang menyembunyikan maklumat mengenai penularan wabak itu.
Dalam masa sama, Radzi berkata, KPM melakukan pemantauan yang amat ketat dalam konteks mengenal pasti mana-mana sekolah yang cuba menyorok kes jangkitan COVID-19.
"(Selepas ini) kalau kita dapati (ada kes seperti itu), tindakan tegas akan diambil, kerana dalam konteks sistem pelaporan KPM, setiap (insiden atau kes) yang berlaku perlu dilaporkan segera (termasuk kes COVID-19), (ini) supaya kita tahu apa (yang) akan kita dapat lakukan (dalam tempoh segera),
"Sebagai contoh di Sekolah Seri Puteri (SSP), saya telah turun ke situ dua kali untuk meneliti pendekatan terbaik, untuk uruskan isu berkaitan penularan kes dalam kalangan pelajar di situ (jadi amat penting) untuk mana-mana sekolah dibawah KPM (untuk) laporkan segera," kata Radzi.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Pendidikan Digital-AEON Sayap Bagimu di Institut Pendidikan Guru, Kampus Darul Aman di sini pada Sabtu.
Mengulas mengenai perkembangan kes COVID-19 di Sekolah Seri Puteri, Radzi memaklumkan, KPM telah menghantar pelajar tingkatan lima untuk menjalani proses kuarantin bagi meminimumkan penularan kes di sekolah itu.
"(Mengenai) kes COVID-19 di SSP (bagi) peringkat pertama, murid tingkatan lima telah dihantar ke Institut Aminudin Baki untuk proses kuarantin... (selain itu, sebilangan) murid (yang lain) turut dihantar ke Institut Latihan Islam Malaysia,
"Alhamdulillah kita lihat pendekatan yang diambil Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) di situ dalam memastikan anak-anak pelajar ini dapat berada dalam keadaan selamat selain dapat dikuarantin dengan baik agar kita dapat meminimumkan penularan kes daripada berlaku dengan lebih banyak," jelas beliau lagi.
Abd Hadi Che Awang
Sat Dec 04 2021
Mohd Radzi Md Jidin (tiga dari kanan) beramah mesra dengan pelajar yang menerima tablet pada Majlis Penyerahan Sumbangan Pendidikan Digital - AEON Sayap Bagimu hari ini. - Gambar BERNAMA
Pemangku Raja Perlis seru semua pihak main peranan capai transformasi pendidikan berkualiti
Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyeru semua pihak supaya memainkan peranan bagi mencapai transformasi pendidikan berkualiti.
Hong Kong bakal buka pejabat perdagangan dan ekonomi di Malaysia
Hong Kong bakal membuka Hong Kong Economic & Trade Office (HKETO) di Kuala Lumpur, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
10 Berita Pilihan - (23 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Jumaat – 24 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
AWANI Ringkas: Isu sekolah daif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki warga emas ditemukan lemas dalam longkang
Seorang lelaki warga emas berusia 63 tahun ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh dalam longkang besar.
Inflasi Singapura kekal stabil pada April 2024
Inflasi teras Singapura mencatatkan 3.1 peratus tahun ke tahun pada April, tidak berubah daripada Mac.
APMM Kelantan tahan dua bot langgar undang-undang perairan
APMM Kelantan menahan dua bot nelayan tempatan kelas C dan bot fiber rekreasi pancing di perairan Tok Bali dalam dua tangkapan berasingan pada 9 dan 16 Mei lepas.
Hubungan kukuh Malaysia-China sangat istimewa - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan hubungan kukuh dua hala Malaysia dan China yang terjalin sejak 50 tahun lepas adalah sangat istimewa.
CIDB laksana lebih 1,500 operasi penguatkuasaan dari Januari-April
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) telah melaksanakan 1,528 operasi penguatkuasaan di tapak pembinaan di seluruh negara dari Januari hingga April tahun ini.
KPM beri amaran jangan sembunyi kes COVID-19 di sekolah - Radzi Jidin
Kementerian Pendidikan akan mengambil tindakan tegas sekiranya mendapati mana-mana sekolah cuba menyembunyikan penularan COVID-19.