HONG KONG: Hong Kong bakal membuka Hong Kong Economic & Trade Office (HKETO) di Kuala Lumpur, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Timbalan Perdana Menteri menjelaskan, pembukaan pejabat perdagangan itu bakal memberi pelbagai kelebihan kepada Malaysia khusunya hal berkaitan perniagaan, pelaburan dan perdagangan.
"Perdagangan Malaysia-Hong Kong akan lebih mudah dan rancak sesuai dengan kedudukan Hong Kong sebagai pusat kewangan global," katanya semasa sidang media sejurus pertemuan beliau dengan Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR), John Lee Ka-chiu di Government House, Central Hong Kong pada Khamis.
Dalam pertemuan itu juga Ahmad Zahid mengalu-alukan pengurus-pengurus dana yang beribu pejabat di Hong Kong untuk mengambil peluang melabur di Bursa Malaysia selari dengan peningkatan memberangsangkan indeks utama Bursa Malaysia.
‘’Pelabur antarabangsa semakin yakin dengan prospek ekonomi Malaysia dengan kestabilan politik di bawah pentabiran Kerajaan Madani ketika ini serta prestasi pelaburan asing tertinggi dalam sejarah”’, katanya.
Lawatan ke Hong Kong merupakan destinasi pertama Ahmad Zahid dalam lawatan rasmi ke China, beliau akan meneruskan lawatan ke Shenzhen, Shanghai dan Beijing.
Nazri Kahar
Thu May 23 2024
Ahmad Zahid menjelaskan, pembukaan pejabat perdagangan itu bakal memberi pelbagai kelebihan kepada Malaysia khusunya hal berkaitan perniagaan, pelaburan dan perdagangan. - Gambar Fariz Iswadi
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Hong Kong bakal buka pejabat perdagangan dan ekonomi di Malaysia
Hong Kong bakal membuka Hong Kong Economic & Trade Office (HKETO) di Kuala Lumpur, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.