awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam mulakan pembinaan stadium terbesar dunia
Protes pertama pembinaan pusat data, penduduk di Gelang Patah dakwa berlaku pencemaran
Lelaki ditahan pukul, ugut warga emas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPM cadang perluas sekolah K9, K11 tahun ini

Bernama
Bernama
01/04/2024
06:47 MYT
KPM cadang perluas sekolah K9, K11 tahun ini
Wong memaklumkan berdasarkan statistik KPM, kadar keciciran di peringkat sekolah rendah pada tahun lepas hanya 0.06 peratus, menurun berbanding 0.29 peratus pada 2017.
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang meningkatkan bilangan Sekolah Model Khas Komprehensif 9 (K9) dan Sekolah Model Khas Komprehensif 11 (K11) pada tahun ini bagi mengatasi masalah keciciran persekolahan dalam kalangan pelajar di pedalaman.
Timbalan Menterinya Wong Kah Woh berkata cadangan itu melibatkan empat sekolah K9 iaitu tiga di Terengganu membabitkan Sekolah Kebangsaan (SK) Keruak di Besut, SK Merang di Setiu dan SK Pulau Redang di Kuala Nerus manakala satu di Sarawak iaitu SK Nanga Merit di Limbang.
Beliau berkata bagi sekolah K11 melibatkan dua sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Betau, di Lipis, Pahang dan SMK Long Bedian di Baram, Sarawak.
"Sekolah Model Khas Komprehensif K9 ini merujuk kepada sembilan tahun (persekolahan), murid-murid akan duduk dalam sekolah di bawah satu bumbung dari Darjah Satu hingga Tingkatan Tiga.
"Pada masa sama, sekiranya sekolah K9 diperluas, ia akan menjadi K11 (maksudnya) anak-anak kita belajar lebih menyeluruh sampai Tingkatan Lima," katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Negara di sini hari ini.
Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Senator Musoddak Ahmad berhubung sejauh mana Garis Panduan Mengurus Murid Berisiko Cicir di Sekolah (GPMBC) dapat mengatasi keciciran murid khususnya di sekolah-sekolah di kawasan luar bandar dan pedalaman.
Sementara itu, Wong memaklumkan berdasarkan statistik KPM, kadar keciciran di peringkat sekolah rendah pada tahun lepas hanya 0.06 peratus, menurun berbanding 0.29 peratus pada 2017.
Bagi peringkat menengah, katanya kadar keciciran menurun daripada 1.36 peratus pada 2017 kepada 0.83 peratus pada tahun lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KPM
#sekolah K9
#sekolah K11
#keciciran persekolahan
#Orang Asli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan