NATIONAL
KPM kenal pasti penempatan sementara pelajar terjejas kebakaran asrama - Fadhlina

Fadhlina berkata penempatan baharu itu penting bagi memastikan kesinambungan pembelajaran pelajar yang bergantung sepenuhnya kepada kemudahan asrama kerana kesukaran untuk berulang-alik dari rumah. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengenal pasti penempatan sementara bagi pelajar terjejas akibat kebakaran blok asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Setapak di ibu negara, semalam.
Ringkasan AI
- KPM telah mengenal pasti penempatan sementara bagi pelajar terjejas akibat kebakaran blok asrama SMK Tinggi Setapak untuk memastikan kesinambungan pembelajaran.
- Proses pengajaran dan pembelajaran akan dijalankan secara dalam talian buat masa ini, dengan buku teks dan kelengkapan sekolah diberikan kepada pelajar terlibat.
- Kesemua 91 pelajar lelaki selamat kerana kejadian berlaku ketika mereka berada di surau sekolah untuk solat isyak, dan bantuan segera akan disalurkan kepada sekolah tersebut.
"Terdapat beberapa pilihan (untuk penempatan sementara) seperti penyuraian di asrama terdekat selain ada kuarters guru berhadapan asrama dan itu antara pilihan terbaik kita ada," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Anugerah Sukan KPM-MSSM-MILO ke-56 2024 di sini hari ini.
Fadhlina berkata proses pengajaran dan pembelajaran akan dijalankan secara dalam talian buat masa ini dengan buku teks serta kelengkapan sekolah telah diberikan kepada pelajar terlibat.
Pada kejadian 8.43 malam semalam, sebuah blok asrama SMK Tinggi Setapak yang menempatkan 91 pelajar lelaki musnah 80 peratus akibat kebakaran.
Bagaimanapun kesemua pelajar dilaporkan selamat kerana kejadian berlaku ketika mereka berada di surau sekolah untuk menunaikan solat isyak.
Terdahulu, Fadhlina menerusi hantaran Facebook memberi jaminan bantuan segera akan disalurkan kepada sekolah tersebut.
Beliau turut mengesahkan tiada guru atau murid yang cedera dan semuanya selamat serta mengarahkan agar kerja baik pulih dilaksanakan segera.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami