BINTANG Argentina, Lionel Messi melakukan kelainan apabila menghadiahkan 35 unit iPhone emas buat staf dan para pemain skuad negara itu yang memenangi Piala Dunia Qatar 2022.
Gajet pintar 24 karat itu dianggarkan bernilai 175,000 pound (RM940,052) dan ia dihantar ke kediaman miliknya di Paris pada Sabtu.
Lebih menarik setiap telefon bimbit itu dilakar dengan nama pemain, nombor jersi serta logo Argentina.
Menurut satu sumber, kapten Argentina itu mahu membuat sesuatu yang istimewa bagi meraikan detik yang membanggakan tersebut.
Katanya, dia menghubungi usahawan Ben Lyons iaitu Ketua Pegawai Eksekutif iDesign Gold dan bersama-sama membuat rekaan tersebut.
“Lionel (Messi) bukan hanya 'Goat' tetapi dia juga adalah pelanggan paling setia iDesign Gold dan berhubung dengan kami beberapa bulan selepas final Piala Dunia,” kata sumber itu.
Beliau menambah, Messi mahu memberikan sesuatu yang istimewa untuk semua pemain dan staf bagi meraikan kejayaan menakjubkan itu tetapi ia bukan hadiah jam.
“Jadi saya syorkan iPhone emas yang diukir nama pemain. Dia suka dengan idea itu,” ujar Lyons.
Argentina menjulang Piala Dunia di Doha tahun lalu dengan Messi turut dinobatkan sebagai pemain terbaik kejohanan. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Mar 02 2023
Messi bersama rakan sepasukan meraikan kejayaan Argentina menjulang Piala Dunia di Qatar tahun lalu. Gambar kanan: iPhone emas yang diukir nama pemain Argentina. - Foto Agensi
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Prestasi mingguan FBM KLCI dan unjuran minggu depan
#NiagaAWANI bersama Ketua Strategi MIDF Research, Syed Muhammad Kifni Syed Kamaruddin bagi membincangkan mengenai prestasi mingguan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).
Kad Laporan MITI: Mudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & pacu industri
Pengarah Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa, UKM, Prof Dr Sufian Jusoh mengulas berkenaan kad laporan MITI yang memberi fokus kepada memudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & memacu industri.
Harta intelek: Ada kesedaran tapi masih ada yang suka curi dan ciplak
Senario menciplak yang masih berleluasa berpunca daripada sikap masyarakat yang menyokong barangan ciplak.
AWANI Pagi: Tembusi Gerbang TVET Premier Negara dengan GMI
Diskusi bersama Ahmad Solihin Mohamed Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) German-Malaysian Institute (GMI) dan dua alumni GMI, Muhammad Ashraff Mohamed Haniffah dan Raja Nur Athirah Raja Sharul Zaman, mengenai potensi pembelajaran dan kerjaya dalam TVET ditawarkan di GMI.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Bangun aplikasi penstriman digital TV di Ipoh seperti Netflix - Datuk Bandar
Idea itu kelak akan direalisasikan menerusi kerjasama MBI dan syarikat di bawah naungan Afdlin Shauki.
Keluarga mohon bantuan kesan anak dikhuatiri hilang
Anak kedua daripada empat beradik itu dilihat keluar dari rumah pada 20 Feb lalu, kira-kira jam 10.30 pagi dengan menaiki motosikal.
Piala Asia B-23: Indonesia hantar Korea Selatan pulang dari Qatar 2024
Penjaga gol Garuda Muda, Ernando Ari muncul wira selepas menafikan dua sepakan penalti bagi mengakhiri cabaran Young Taegeuk Warriors.
MLS: Lionel Messi tidak ambil masa lama untuk kembali meledak
Lionel Messi kembali menjaringkan gol dalam kepulangannya selepas mengalami kecederaan buat pasukannya Inter Miami.
Saya telah menang semuanya - Messi
Messi sudah berjaya menjulang pelbagai trofi sepanjang kariernya dan mengakui sudah rasa cukup dengan pencapaian yang diraihnya itu.
“Umur tidak akan menentukan bila saya bersara"- Messi
Messi juga belum tahu apa yang akan dilakukannya apabila besara kelak.
Argentina terpaksa lupakan Messi
Messi telah diketepikan daripada skuad Argentina untuk perlawanan persahabatan yang akan datang di Amerika Syarikat kerana kecederaan hamstring, kata Persatuan Bola Sepak Argentina.
Imej Messi berpakaian tradisional Arab dapat perhatian
Superstar bola sepak dunia itu kini pikul tugas baharu sebagai duta jenama pakaian mewah Arab Saudi.
Lionel Messi direhatkan ketika Inter Miami tewas kepada Montreal
Messi bermain dalam setiap minit tiga perlawanan pertama MLS musim ini sejak menyertai kelab diasaskan David Beckham itu pada Julai.
Aksi Argentina di China batal angkara Messi
Messi berdepan dengan kritikan selepas dia hanya berada di bangku simpanan semasa perlawanan persahabatan yang menampilkan Inter Miami di Hong Kong.
Lionel Messi diumum Pemain Terbaik FIFA 2023
Pemain tengah dari pasukan Sepanyol, yang memenangi Piala Dunia 2023, iaitu Aitana Bonmati pula dipilih sebagai pemain wanita terbaik tahun ini.
Messi belum raih satu anugerah lagi
Pemenang Piala Dunia dan Liga Juara-Juara sebanyak empat kali itu masih belum meraih anugerah Kaki Emas.
Ronaldo tersisih, Haaland terbaik dunia
Nama bintang sensasi, Cristiano Ronaldo tiada dalam senarai 100 pemain bola sepak terbaik dunia 2023.