awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKNNS siasat dakwaan pekerja kedai makan basuh lebihan makanan untuk dijual semula
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, mata wang negara serantau
64,295 pelawat Singapura masuki Sarawak pada 2025, catat jumlah tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPM minta siasat dakwaan sindiket jual soalan SPM

Astro Awani
Astro Awani
14/11/2016
08:46 MYT
KPM minta siasat dakwaan sindiket jual soalan SPM
MAHDZIR: Tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar berkenaan jika laporannya terbukti palsu.
Kementerian Pendidikan meminta pihak berkuasa agar melakukan siasatan segera dan terperinci berhubung dakwaan sebuah akhbar berbahasa Cina kononnya terdapat sindiket yang menjual soalan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016.
Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, laporan polis akan dibuat hari ini (Isnin) oleh Lembaga Peperiksaan bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan pihak berwajib.
Beliau menegaskan, kementerian memandang serius dakwaan tersebut dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar berkenaan jika laporannya terbukti palsu.
"Ini suatu perkara serius…setakat ini kita belum mengenal pasti mereka yang terlibat dan saya minta pihak polis buat siasatan penuh bagi membolehkan kita mendakwa mereka yang membuat tohmahan itu.
"Setakat ini memang tiada sindiket seperti yang didakwa," katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ahmad Boestamam di sini pada Isnin.
Lawatan kerja ke sekolah berkenaan merupakan sebahagian daripada program pihak KPM selama dua hari ke daerah Manjung yang bermula pada Ahad.
Turut hadir Ketua Pengarah Pendidikan, Tan Sri Khair Mohamad Yusof dan Pengarah Pendidikan Negeri Perak, Datuk Rozi Puteh Ismail.
Pada Ahad, akhbar China Press menyiarkan sebuah artikel yang mendakwa penglibatan sindiket penjualan soalan SPM 2016 itu turut didalangi pegawai tinggi dari KPM sendiri.
Terdahulu pada Rabu lalu, Kementerian Pendidikan menafikan berlakunya kebocoran kertas peperiksaan Sejarah Kertas 1 dan 2 seperti yang disebarkan dan viral melalui media sosial.
Menurut kementerian, siasatan dijalankan Lembaga Peperiksaan mendapati tidak berlaku sebarang kebocoran kertas tersebut dan tiada keperluan untuk menduduki peperiksaan ulangan.
Topic Berkaitan
#Kementerian Pendidikan
#khair mohamad yusof
#Mahdzir Khalid
#SPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan