Skip to main content

Berita

Kes tikam 61 kali: Dua lelaki tiba di mahkamah untuk disambung reman

Sumber: Sinar Harian
Dua lelaki yang ditahan bersabit kes bunuh pelajar KPTM di Kampung Simah, Ketereh, tiba di mahkamah untuk perintah sambungan reman hari ini. - Foto Sinar Harian

KOTA BHARU: Dua lelaki yang ditahan bersabit dengan kes bunuh pelajar perempuan Kolej Poly-Tech MARA (KPTM), Nurfisya Zulkifly, 19, yang ditemukan mati dengan 61 kesan tikaman di Kampung Simah, Ketereh tiba di mahkamah di sini untuk perintah sambungan reman hari ini.

Kedua-dua suspek yang memakai baju lokap tiba pada jam 8.20 pagi dengan menaiki kenderaan polis.

Sambungan reman ini bagi membolehkan polis meneruskan sisatan lanjut berkait kes tersebut.

Sebelum ini, kedua-dua suspek berusia 19 tahun itu reman selama tujuh hari bermula 2 Mei lalu.

Sinar Harian pada Khamis melaporkan, tahanan reman ke atas dua lelaki bersabit dengan kes bunuh pelajar perempuan Kolej Poly-Tech MARA (KPTM), Nurfisya Zulkifly, 19, yang ditemukan mati dengan 61 kesan tikaman di Kampung Simah, Ketereh di sini dijangka dilanjutkan.

Ia selepas perintah reman yang diberikan selama tujuh hari oleh mahkamah akan tamat hari ini. - Sinar Harian

 

Must Watch Video