KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak mengeluarkan susunan kedudukan prestasi sekolah seperti yang tular sebelum ini.
Menurut Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Dasar dan Kurikulum), Datuk Pkharuddin Ghazali, sejak 2016 kementerian telah memutuskan untuk tidak menyusun kedudukan prestasi sekolah.
Jelas beliau, adalah tidak adil untuk menilai prestasi sesebuah sekolah dan pelajar berdasarkan keputusan peperiksaan yang diterima.
"Tidak adil untuk kita letak yang terbaik, yang rendah. Memanglah kita nak yang terbaik tapi kita jangan lupa, sebahagian besar anak-anak kita ini mereka yang punya potensi yang cukup tinggi.
"Kita tak nak perkara ini menjadi satu fokus dalam masyarakat kita. Kita nak lihat apabila kita melaksanakan pendekatan Pemerkasaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) ini, kita melihat anak itu secara holistik," katanya ketika ditemu bual dalam program Agenda AWANI yang membincangkan tentang Penilaian Prestasi SPM 2021.
Beliau juga menjelaskan sejak beberapa tahun kebelakangan ini KPM lebih menumpukan kepada kemahiran yang diperolehi oleh pelajar.
"Sebab itu susunan kedudukan ini kita sudah tidak keluarkan, kita bercakap tentang kemahiran yang mereka dapat.
"Kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran berfikir asas tinggi, kreativiti mereka, pemikiran yang kritis, ini yang kita nak develop. Sebab anak-anak kita ini hebat, potensi mereka sangat luas," katanya lagi.
Pkharuddin yakin pelajar-pelajar akan berjaya dalam peperiksaan kerana mahu ke sekolah disebabkan ada perkara yang menarik minat mereka.
Astro Awani
Tue Jun 21 2022

Pkharuddin berkata, adalah tidak adil untuk menilai prestasi sesebuah sekolah dan pelajar berdasarkan keputusan peperiksaan yang diterima. - Gambar fail

Laluan kenderaan di bawah jambatan hidupan liar Sungai Yu akan ditutup sepenuhnya
Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, laluan sepanjang lima kilometer di FT08 itu akan ditutup bagi menyekat akses kenderaan.

Lebih 9,000 pasport yang dimohon secara dalam talian tidak dituntut
Lebih 9,000 Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) telah dicetak tetapi masih tidak dituntut oleh individu yang memohon dan memperbaharui pasport berkenaan secara dalam talian.

AWANI Ringkas: KKM tidak setuju longgarkan prosedur perkhidmatan kecantikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

SPRM buka 21 kertas siasatan babit JPKK Pahang
SPRM telah membuka sebanyak 21 kertas siasatan yang melibatkan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Pahang sejak 2018.

Apakah yang dilakukan oleh negara lain untuk menangani inflasi?
Berikut adalah perbandingan langkah yang diambil oleh beberapa negara untuk menangani situasi ini.

China beri amaran kemunculan semula jangkitan COVID-19
China memberi amaran tentang kesan kebangkitan semula jangkitan COVID-19 di negara-negara jiran ketika ia berusaha membendung dan mengawal virus itu.

MFL, FAM perlu siasat secara telus insiden kekecohan di Kota Bharu
Siasatan mestilah berpandukan laporan penuh daripada pegawai perlawanan semasa aksi antara The Red Warriors dengan The Bos Gaurus berlangsung.

Menyamar kemudian perdaya, anda perlu hati-hati 4 helah ini - MCMC
Menyamar kemudian perdaya, anda perlu hati-hati 4 helah ini - MCMC
![AWANI 7:45 [11/08/2022] - Kemuka kepada Jabatan Peguam Negara | Semua positif dadah | Hak fail rayuan AWANI 7:45 [11/08/2022] - Kemuka kepada Jabatan Peguam Negara | Semua positif dadah | Hak fail rayuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1982197/thumbnails/10997879401660222851157_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [11/08/2022] - Kemuka kepada Jabatan Peguam Negara | Semua positif dadah | Hak fail rayuan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Essan Yahya; 1. SPRM sahkan lengkap kertas siasat individu berkaitan LCS 2. 25 individu termasuk Datuk Seri ditahan anjur parti liar 3. Kalau tambat ringgit, undang risiko lebih besar, tegas Zafrul

WTCKL cadang guna media sosial dorong lebih banyak acara global
Selain itu, WTCKL turut membentangkan idea berhubung pameran perdagangan baharu RESONEX 2022 yang akan diadakan pada November ini.

Laporan audit: Pengurusan projek sekolah baharu bernilai RM2.889 bilion kurang cekap
Terdapat kelemahan di peringkat perancangan, prapelaksanaan dan pelaksanaan projek oleh KPM, perunding, dan kontraktor.

KPM nilai prestasi pelajar secara holistik
Menurut Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Dasar dan Kurikulum), Datuk Pkharuddin Ghazali sejak 2016 pihak telah memutuskan untuk tidak menyusun kedudukan prestasi sekolah.

'Murid lintas sungai guna tong dram tak patut berlaku'
Video tular dua orang kanak-kanak yang berpakaian seragam sekolah melintasi sungai menggunakan tong dram yang ditarik menggunakan rel tidak sepatutnya berlaku.

PRN Johor: Keputusan guna sekolah menengah untuk mengundi selepas pertemuan KPM, SPR
Keputusan rasmi mengenai penggunaan sekolah menengah di Johor sebagai pusat mengundi pada PRN Johor pada 12 Mac depan akan dibuat selepas pertemuan antara KPM dan SPR hari ini.

Bagaimana nasib guru interim? Tanya Maszlee kepada Radzi
Maszlee persoal ke mana hala tuju Kementerian Pendidikan dalam menyelesaikan isu guru interim.

#KitaReset: 2022, tahun perkasa sektor pendidikan - Dr Anuar
Tahun 2022, tahun yang tepat untuk sektor pendidikan melaksanakan reformasi bagi memastikan sektor tersebut kembali ke landasan yang tepat.

PdP yang lebih inovatif, kondusif dengan platform DELIMa 2.0
Penambahbaikan akan dilancar pada Disember, menggabungkan tiga ciri utama iaitu pembelajaran peribadi, pengalaman pengguna yang dipertingkat dan penggunaan analisis data.

Pemeriksaan haid: Sesetengah pelajar anggap ia 'tradisi' - Radzi Jidin
Sesetengah pelajar sekolah menganggap pemeriksaan haid di sekolah adalah perkara 'tradisi' yang telah dilaksanakan sejak sekian lama.

Sesi persekolahan tahun depan bermula 21 Mac
Sesi persekolahan bagi 2022 ditetapkan bermula 21 Mac 2022 bagi semua sekolah di seluruh negara di bawah Kementerian Pendidikan (KPM).

Kadar keciciran murid peringkat rendah di Sarawak menurun - KPM
Kadar keciciran murid peringkat rendah di Sarawak menurun daripada 0.34 peratus pada 2016 kepada 0.25 peratus pada 2020, menurut statistik Kementerian Pendidikan (KPM).