Program Intervensi Murid Sekolah Tahfiz Swasta untuk membantu sekolah tahfiz memastikan pelajar-pelajar pusat pengajian itu mampu berdaya saing sama ada di dunia akademik atau pasaran kerja, akan diperluaskan.
Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, ianya merupakan satu pendekatan strategik bagi memberi peluang kepada pelajar tahfiz yang akan menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), mengikuti pelajaran dan pembelajaran secara formal dan bersistematik di sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Katanya, pada fasa pertama ketika ini, sebanyak empat sekolah arus perdana telah mengambil bahagian dan jumlah sekolah berkenaan akan ditambah dari semasa ke semasa.
Tambahnya Program Intervensi ini merupakan inisiatif pendidikan secara intensif dan bersistematik kepada murid tahfiz swasta berdaftar berumur 17 hingga 18 tahun sebagai persediaan sebelum menduduki peperiksaan SPM.
KPM menyediakan pendidikan secara formal kepada murid tahfiz swasta melalui pengajaran dan pembelajaran enam mata pelajaran teras yang disampaikan oleh guru kementerian di premis KPM sebagai ruang dan peluang kepada mereka berada dalam sistem arus perdana pendidikan.
"Kementerian Pendidikan menyediakan pendidikan arus perdana kepada pelajar tahfiz swasta agar mereka dapat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mereka boleh belajar dengan guru Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sendiri di premis kita iaitu di sekolah.
"Pendekatan strategik ini akan membawa dimensi baru dalam arus pendidikan negara bagi memberi peluang pelajar tahfiz mengikuti P&P (Pelajaran dan Pembelajaran) secara formal, lebih bersistematik dan menduduki peperiksaan SPM,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Intervensi Murid Sekolah Tahfiz Swasta di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Desa Cempaka, di sini hari ini.
Program itu dilaksanakan secara rintis di SMK Bekok, Segamat, mulai 2017 membabitkan pengambilan 30 murid dan diikuti 24 orang lagi pada tahun lalu.
Beliau berkata, pelaksanaan program itu di SMK Desa Cempaka menggunakan model rakan strategi dengan pengambilan murid tahfiz swasta daripada Maahad Tahfiz Al-Quran An-Najihah, Kampung Jijan, Nilai.
Beliau berharap agar program intervensi ini mendapat kerjasama yang wajar dari semua pihak yang terlibat sama ada pihak KPM dan sekolah tahfiz swasta kerana program ini memberi impak yang sangat positif khususnya keyakinan dari aspek akses pendidikan yang berkualiti di sekolah KPM.
Bagi fasa pertama, program ini dilaksanakan di SMK Bekok, Segamat, Johor, SMK Benut, Pontian, Johor, SMK Desa Cempaka, dan Naahad Tahfiz Al-Quran An-Najihah, Nilai, Negeri Sembilan.
Shuhada Abdul Kadir
Mon Apr 15 2019

Pada fasa pertama ketika ini, sebanyak empat sekolah arus perdana telah mengambil bahagian dan jumlah sekolah berkenaan akan ditambah dari semasa ke semasa. - Gambar fail
Chong Wei antara duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei antara legenda sukan global yang berada dalam senarai Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk dilantik sebagai duta sukan Johor.
Tiga pemain warisan Harimau Malaya tiba minggu depan
Proses bagi mendaftarkan beberapa pemain warisan Harimau Malaya kini di peringkat akhir.
Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski memaklumkan, tiga pemain warisan juga dijangka tiba minggu hadapan.
Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski memaklumkan, tiga pemain warisan juga dijangka tiba minggu hadapan.
Penstrukturan semula Sapura Energy lalui kelulusan pemiutang, proses mahkamah
Penstrukturan semula Sapura Energy Bhd (SEB) sudah melalui kelulusan pemiutang serta proses mahkamah manakala suntikan kerajaan bukannya geran tetapi pelaburan ke arah memulihkan ekosistem minyak dan gas (O&G) yang strategik untuk ekonomi negara.

Kes rogol pelajar: Pengajar institut kemahiran di Kemaman direman
Seorang tenaga pengajar di sebuah institut kemahiran di Kemaman direman enam hari kerana disyaki merogol seorang pelajarnya, hujung tahun lepas.

Palsu dokumen, modus operandi sindiket tipu JPN peroleh sijil kelahiran - Saifuddin
Satu sindiket dikesan mengemukakan dokumen kelahiran palsu dan memperdaya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mendapatkan sijil kelahiran sah untuk dijual dalam pasaran gelap.
Sindiket MyKad dan sijil kelahiran palsu tumpas
JPN menumpaskan sindiket pemalsuan MyKad dan sijil kelahiran dalam dua operasi berasingan. Beberapa individu ditahan, termasuk seorang peguam, dengan rampasan peralatan pemalsuan serta dokumen palsu yang digunakan untuk tujuan penipuan identiti.

TH terima 84,000 rayuan isi kekosongan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima 84,000 rayuan untuk mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat haji tahun ini.
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ibu bapa tidak mengaku salah abaikan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen petaling jaya atas pertuduhan pindaan berhubung kesalahan mengabaikan anak mereka, pada tahun 2023.
Pantau Belanjawan: Hutang BNPL | Risiko besar masa depan di sebalik revolusi kewangan
Peningkatan transaksi BNPL kepada RM7.1 bilion menimbulkan persoalan kritikal mengenai kestabilan ekonomi, kawal selia undang-undang, dan risiko kewangan pengguna. Bagaimana RUU Kredit Pengguna dapat menyeimbangkan perlindungan pengguna tanpa menghalang inovasi Fintech?
AWANI Ringkas: JPN tumpaskan sindiket palsu sijil kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Vietnam sasar bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua pada 2035
Vietnam merancang untuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua bagi semua pelajar menjelang tahun 2035.

Tujuh perubahan, lantikan baharu pengurusan tertinggi perkhidmatan awam - KSN
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar hari ini mengumumkan tujuh perubahan penempatan dan pelantikan baharu bagi jawatan pengurusan tertinggi perkhidmatan awam.

KPM tingkatkan kesedaran keselamatan jalan raya dalam kalangan murid
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus mempertingkatkan aspek pendidikan keselamatan jalan raya dalam kalangan murid dengan menggunakan modul serta kurikulum sedia ada.

Pelantikan Naib Canselor tidak dibuat semberono - Zambry
Pelantikan Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor sesebuah universiti awam tidak dibuat secara semberono atau berdasarkan faktor politik seperti yang disebarkan di media sosial atau surat layang.

17 sekolah baharu dijangka mula operasi tahun ini - Fadhlina
Ia merangkumi lapan sekolah rendah dan sembilan sekolah menengah melibatkan Selangor, Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

59.3 peratus murid Tahun Satu kuasai kemahiran 3M
Sebanyak 59.3 peratus daripada 122,062 murid tahun satu dikenal pasti menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) sepanjang tahun lepas.

Reformasi pendidikan fokus utama KPM tahun ini - Azman
Lapan keutamaan termasuk isu keciciran murid, peningkatan profesionalisme guru, pengukuhan kepimpinan pendidikan MADANI, dan penguasaan literasi serta numerasi murid.

Pencen Awal: Pendidik minta lantik pembantu guru, naikkan gred Guru Cemerlang sekolah rendah
Beban tugasan guru-guru di sekolah perlu diringankan, di samping menyediakan ganjaran yang sewajarnya kepada perkhidmatan mereka dalam mendidik generasi bangsa.

Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan - Fadhlina
Kementerian Pendidikan menerima baik cadangan DBKL untuk membina sekolah 17 tingkat di sekitar pusat bandar raya namun perlu diteliti dari aspek keselamatan dan kesesuaiannya.

Waktu sekolah seperti biasa sepanjang Ramadan - KPM
Sekolah sesi petang di Semenanjung akan tamat pada pukul 5.30 petang, manakala 5 petang di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan sepanjang Ramadan ini.