KOTA BHARU: Kementerian Pendidikan (KPM) sentiasa merujuk kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) bagi mendapatkan sebarang pandangan dan langkah dalam usaha mengekang penularan COVID-19.
Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin berkata pihaknya akan mematuhi segala nasihat daripada PKD sekiranya berlaku sebarang masalah berkaitan wabak berkenaan di sekolah.
"Dalam konteks COVID-19, sepertimana saya jelaskan sekiranya berlaku apa-apa, kita merujuk kepada PKD kerana pihak berkenaan lebih pakar.
"Apa sahaja pandangan, kementerian akan mematuhi nasihat berkenaan demi keselamatan anak-anak," katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran Gerakan Massa: 'Terima Kasih Cikgu' sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-50 Tahun 2021 di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Radzi turut mengingatkan pihak sekolah termasuk ibu bapa supaya memastikan murid serta pelajar supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan COVID-19.
Mengulas lanjut, Radzi berkata walaupun berdepan situasi yang sukar dalam pembukaan semula sesi persekolahan termasuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tetapi pihaknya berjaya melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik.
"Ini satu masa yang sukar, namun Alhamdulillah kita sudah melihat bagaimana peperiksaan SPM berjalan dengan lancar apabila SOP dapat dipatuhi dengan baik.
"Pada masa sama, kita dapat meneruskan sesi persekolahan dalam keadaan yang selamat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 28 2021
Datuk Radzi Jidin ketika menyampaikan ucapan pada perasmian majlis Gerakan Massa : "Terima Kasih Cikgu" Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-50 hari ini. - Foto BERNAMA
PDRM siap siaga kawalan keselamatan sempena WTD, WTC - KPN
PDRM sentiasa bersiap siaga dalam aspek keselamatan terutama membabitkan acara berskala besar peringkat antarabangsa seperti World Tourism Day (WTD) dan World Tourism Conference (WTC).
Mayat kanak-kanak lemas ditemukan di pesisir pantai Bachok
Pencarian kanak-kanak lelaki yang hilang selepas terjatuh di Pantai Kandis, Bachok berakhir apabila mayatnya ditemukan 11.15 pagi ini, kira-kira enam kilometer dari tempat kejadian.
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi parti
PKR meminda Perlembagaannya dengan meningkatkan jumlah perwakilan yang akan mengundi bagi enam jawatan tertinggi parti serta 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
KPM tetap teruskan peperiksaan SPM, sedia hadapi gelombang kedua banjir
KPM telah bersedia sepenuhnya untuk meneruskan peperiksaan SPM sekiranya berlaku gelombang kedua banjir, dengan persediaan itu dilakukan sejak Oktober lepas.
KPM dalam proses nilai kerosakan sekolah terlibat banjir - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) sudah mengenal pasti sekolah yang terlibat dengan gelombang pertama banjir di sembilan negeri baru-baru ini, kata Menterinya Fadhlina Sidek.
KPM siap siaga hadapi gelombang kedua banjir
Kementerian Pendidikan (KPM) meningkatkan kesiapsiagaan bagi menghadapi kemungkinan berlaku gelombang kedua banjir di tujuh negeri.
MoF bekerjasama dengan KPM salur bantuan percepat operasi sekolah terjejas banjir
MoF akan bekerjasama dengan KPM untuk menyalurkan bantuan segera bagi membaik pulih sekolah yang terjejas akibat banjir.
Kebolehpasaran murid pendidikan khas capai 93 peratus tahun ini
Kadar kebolehpasaran murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) telah mencapai 93 peratus pada tahun ini, kata Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh.
Jangan polemikkan isu SPM diteruskan - NUTP
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) berharap masyarakat tidak mempolemikkan isu pelaksanaan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengikut jadual.
122,062 murid Tahun 1 belum kuasai kemahiran 3M pada 3 bulan pertama persekolahan - Fadhlina
Seramai 122,062 murid Tahun Satu iaitu 27.24 peratus, dikenal pasti belum menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) selepas tiga bulan memasuki sesi akademik 2024/2025.
Banjir: Tarikh peperiksaan SPM tak akan dilewatkan, KPM yakin mampu urus
Tiada keperluan untuk melewatkan tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) susulan peralihan monsun yang menyebabkan banjir berlaku di beberapa negeri pada hujung tahun.
Banjir: KPM pertimbang SPM dianjak luar musim tengkujuh
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mempertimbangkan cadangan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dianjak ke luar musim tengkujuh.
Isu kehamilan remaja: KPM guna modul PEERS dalam kurikulum persekolahan 2027
KPM akan menggunakan modul PEERS dalam Kurikulum Persekolahan 2027 bagi menangani isu kehamilan melibatkan remaja yang semakin meningkat di negara ini.