PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) akan menyediakan portal aduan buli pada minggu hadapan sebagai usaha menambah baik pendekatan memerangi, kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin.
Beliau berkata ibu bapa dan guru boleh membuat laporan mengenai kes buli di sekolah menerusi tiga kaedah iaitu panggilan telefon, e-mel dan dalam sistem portal itu sendiri.
"Kalau ada kecemasan berkaitan dengan buli ini dan ada mesej yang hendak disampaikan secara sulit, ada platform (portal) yang jelas untuk mereka sampaikan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Showcase Transformasi Pendidikan di sini pada Sabtu.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu buli yang dilaporkan berlaku di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuantan, namun tidak dapat memberikan komen secara langsung memandangkan MRSM berada di bawah bidang kuasa kementerian lain.
Radzi berkata KPM komited dalam usaha meminimumkan insiden buli di sekolah melalui beberapa tindakan holistik termasuk menubuhkan jawatankuasa khas bagi melihat konteks penambahbaikan dalam tatacara dan panduan sedia ada berkaitan buli di sekolah.
Radzi berkata KPM juga akan melancarkan program Sekolahku Sejahtera, Sepakat dan Selamat dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri bagi mewujudkan persekitaran selamat di sekolah.
Beliau berkata konsep Sekolahku Sejahtera yang sedang dipraktikkan turut menekankan elemen jati diri pelajar supaya mereka dapat membuat keputusan rasional selain penerapan nilai empati bagi mengelak diri daripada terlibat gejala buli.
"Kita boleh ada macam-macam pemantauan tetapi kalau jiwa dan pemikiran anak-anak masih belum jelas, tindakan mereka itu akan membawa kepada kes-kes buli," katanya.
Terdahulu ketika sesi interaksi santai bersama pelajar dan ibu bapa di program Showcase Transformasi Pendidikan, Radzi berkata KPM telah melaksanakan pelbagai transformasi dalam bidang pendidikan bagi melahirkan pelajar yang mampu bersaing di peringkat dunia.
Menurutnya setiap keputusan atau dasar baharu KPM termasuk mengenai pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) tidak dibuat secara terburu-buru.
RADZI-BULI 3 (AKHIR) PUTRAJAYA
"Tidak pernah ada sebarang keputusan yang kementerian buat secara tiba-tiba. Setiap keputusan dianalisis satu persatu dan dibuat penelitian mendalam," katanya.
Beliau berkata secara umumnya, masyarakat terlalu fokus kepada peperiksaan dan tidak mengutamakan kemenjadian murid secara keseluruhannya.
Showcase Transformasi Pendidikan berlangsung selama tiga hari bermula semalam di pusat beli-belah Alamanda di sini yang antara lain memaparkan inovasi dan pencapaian murid dan guru, perkembangan pendidikan digital dan aplikasi sistem yang memudahkan pengurusan pendidikan.
Turut berlangsung sebaran maklumat oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Bahagian Matrikulasi, Pra Sekolah, Tingkatan Enam, Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (BPLTV), Bahagian Pendidikan Khas dan GENIUS dan persembahan kesenian dan kebudayaan sekolah yang telah menempah nama di peringkat antarabangsa dan kebangsaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 13 2022
Radzi berkata ibu bapa dan guru boleh membuat laporan mengenai kes buli di sekolah menerusi tiga kaedah iaitu panggilan telefon, e-mel dan dalam sistem portal itu sendiri. -Bernama
Perubahan iklim: Kerjasama, komitmen antarabangsa perlu jayakan aspirasi
Nik Nazmi berkata, komitmen antarabangsa amat signifikan dan boleh dipuji, biarpun belum mencapai tahap yang dikehendaki.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
RUU Majlis Media Malaysia dibentangkan kali pertama hari ini
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang hari ini, bertujuan memperkasa etika kewartawanan, menggalakkan pelaporan bertanggungjawab, dan menyokong pembangunan media negara.
Isu STEM dan kebajikan nelayan tumpuan hari ini
Sidang terakhir Parlimen hari ini membincangkan isu pendidikan STEM, kebajikan nelayan, semakan Akta Taska 1984, serta pembentangan Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia 2024.
Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun
Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya malam tadi manakala jumlah mangsa di Terengganu terus menurun.
UK sumbang 13 juta pound kepada UNRWA
Perdana Menteri United Kingdom (UK) Keir Starmer mengumumkan sumbangan sebanyak £13 juta pound kepada Agensi Bantuan Dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian Palestin (UNRWA).
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Trump rancang 25 perintah eksekutif pada hari pertama
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump, merancang menandatangani lebih daripada 25 perintah eksekutif dan arahan pada hari pertamanya menjawat jawatan pada 20 Januari.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Qatar pada Rabu mengumumkan akan membuka semula kedutaannya di Syria selepas lebih 13 tahun ditutup.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Waqf ETF, pertama di dunia disenaraikan di Bursa Malaysia
Waqf ETF sasar untuk agih pendapatan setiap tahun dengan separuh diperuntukkan sebagai aset Wakaf, separuh lagi dibayar kepada pemegang unit.
Syria akan hukum pelaku kekejaman era Assad
Pemimpin utama pejuang yang menggulingkan Bashar al-Assad menegaskan bahawa semua yang terlibat dalam penyeksaan atau pembunuhan tahanan semasa pemerintahan Assad akan dihukum tanpa pengampunan.
Abu Mohammed al-Golani menyatakan pihaknya akan memburu pelaku jenayah di Syria dan meminta negara-negara lain menyerahkan mereka yang melarikan diri agar keadilan dapat ditegakkan sepenuhnya.
Abu Mohammed al-Golani menyatakan pihaknya akan memburu pelaku jenayah di Syria dan meminta negara-negara lain menyerahkan mereka yang melarikan diri agar keadilan dapat ditegakkan sepenuhnya.
YB Putrajaya yang mansuh UPSR dan PT3, bukan saya - Fadhlina
Pihak yang mempertikai pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) perlu merujuk kepada bekas Menteri Pendidikan, Datuk Radzi Jidin.
PRK Nenggiri: Bersatu akui sukar pilih calon bertanding
Mohd Radzi berkata, setiap keputusan dilakukan dengan penuh cemerlang kerana Bersatu tidak mahu sejarah berulang kembali.
Urus niaga mencurigakan, tiada keperluan mendesak jual pegangan MAHB - Radzi Jidin
Beliau mempersoalkan tindakan kerajaan yang dilihat terlalu gelojoh untuk mengeluarkan MAHB daripada Bursa Malaysia.
'Saya tiada kuasa arah turunkan kandungan media sosial' - Fahmi
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tiada kuasa untuk mengarahkan penyedia platform media sosial termasuk TikTok menurunkan mana-mana kandungan.
Suhaili terima keputusan Bersatu gantikan beliau dengan Radzi
Datuk Suhaili Abdul Rahman menerima keputusan pucuk pimpinan Bersatu untuk menggantikan beliau dengan Datuk Radzi Jidin sebagai Ketua Bahagian Bersatu Wilayah Persekutuan dan Labuan.
Dakwaan rasuah, Radzi Jidin belum dipanggil - Azam Baki
SPRM belum memanggil bekas Menteri Pendidikan, Datuk Radzi Jidin berhubung projek percetakan buku J-Qaf untuk prasekolah.
"Tak dengar sepatah pun gaji progresif dalam Belanjawan 2024" - Radzi
Radzi menegaskan Belanjawan 2024 sepatutnya memberi gambaran yang jelas tentang hala serta dan dasar yang ingin dibawa oleh kerajaan.
Rasuah buku J-Qaf: Banyak bukti baharu dikumpulkan, kes masih disiasat - Azam Baki
Azam Baki berkata siasatan masih dijalankan ketika ini dan memerlukan masa untuk dilengkapkan.
SPRM tak tolak kemungkinan panggil Radzi Jidin - Azam
SPRM tidak menolak kemungkinan memanggil bekas Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Mohd Radzi Md Jidin bagi membantu siasatan berkaitan projek percetakan buku bernilai kira-kira RM80 juta.
Radzi mahu penyebar fitnah tampil mohon maaf
Datuk Mohd Radzi Md Jidin mahu penyebar fitnah yang mendakwa beliau terlibat dengan rasuah dalam satu projek rundingan terus bernilai RM80 juta untuk tampil memohon maaf.