Adakah kes tembakan yang kerap berlaku kebelakangan ini saling berkait? Meskipun setiap kes mempunyai faktanya sendiri, polis mengakui terdapat persamaan dalam trend ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata trend kes tembakan sudah meningkat sejak tahun lalu. Menurutnya, salah satu saluran kemasukan senjata apa adalah melalui rangkaian pengedaran dadah.
“Kalau tengok kes tembak ini memang nampak trend, bahawa satu kumpulan penjenayah ini cuba untuk menawan ataupun untuk menguasai sesuatu kawasan atau aktiviti itu."
"Tetapi masih terlalu awal kalau kita nak cakapkan ini adalah satu perebutan pasaran yang betul-betul besar,” katanya dalam satu temubual eksklusif bersama Astro AWANI.
"Ada yang berkait kes dadah, ada juga yang berkait kes gangsterism. Jadi biarlah kita siasat terperinci dulu sebelum buat apa-apa andaian," tambah beliau.
Ujar Khalid, setiap kes diberi fokus dan penyiasatan rapi dan ada antaranya sudah berjaya diselesaikan.
Beliau mengakui , kes jenayah berat senjata api semakin meningkat sejak tahun lepas terutamanya yang membabitkan sindiket dadah berasaskan kepada risikan dan analisis polis.
"Pada pandangan saya sendiri, analisa sendiri... sindiket dadah ini apabila menyeludup dadah, memang akan dipakejkan dengan senjata api, bezanya, ahli sindiket ini mula menggunakan senjata api yang dipakejkan,” kata beliau.
Tambah beliau, polis telah berjaya menumpaskan beberapa sindiket pengedar dadah besar.
"Kita mensasarkan pengedar besar, tetapi ini bukan bermakna kita tidak tidak mengambil tindakan terhadap mereka yang menyalahgunakan dadah. Tetapi memang fokus utamanya ialah penyeledup dadah, yang membawa masuk dadah di negara ini dan mengedar ke pengedar kecilan ini. Itu tugas kita."
Bagi Khalid usaha membanteras dadah perlu diperangi dari kedua-dua aspek permintaan dan bekalan.
Selain daripada penglibatan sindiket dadah, polis juga percaya mereka yang terlibat dalam kes tembak kebanyakannya pernah terlibat dalam kes jenayah atau kongsi gelap.
Teoh El Sen
Sun Aug 18 2013
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Letak 'essential oil' dalam makanan, sejauh mana kebaikannya?
EO yang pekat boleh merengsa saluran pemakanan sekiranya dimakan begitu sahaja.
Datuk Ong Teik Kwang yang mati ditembak pernah ditahan di bawah Ordinan Darurat - Polis
Datuk Ong Teik Kwang,yang terbunuh dalam insiden tembakan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu minggu lalu tidak pernah didakwa di mahkamah atas kesalahan jenayah.
Adakah melaksanakan kembali undang-undang tahan tanpa bicara itu wajar?
Peningkatan kadar jenayah nampaknya telah memaksa kerajaan untuk patah balik pada pendiriannya ke atas undang-undang pencegahan.
Pas tetap tolak ISA dan EO dari diperkenalkan semula
Pas berpendirian tegas menolak Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat (EO) sebagai penyelesaian jenayah tembakan yang berleluasa.