KUALA LUMPUR: Tan Sri Abdul Hamid Bador mengesahkan terdapat arahan penangguhan pertukaran pegawai-pegawai kanan seperti yang tular di media sosial, sejak semalam.
Ketua Polis Negara berkata arahan tersebut dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri pada saat-saat akhir membabitkan pertukaran jawatan Ketua Polis.
Susulan itu, Abdul Hamid berkata beliau akan berjumpa dengan Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam masa terdekat bagi menjelaskan perkara tersebut.
Katanya, sebagai Ketua Polis Negara, beliau mempunyai kuasa untuk mengawal selia Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Sepatutnya (arahan tersebut) dilaksanakan oleh saya sebagai Ketua Polis Negara dan undang-undang menyatakan bahawa saya (mempunyai kuasa) untuk mengawal selia PDRM ialah tanggungjawab saya.
“Saya telahpun mengeluarkan arahan pertukaran pegawai untuk kebaikan semua.
“Tidak ada apa-apa yang luar biasa tetapi pada saat akhir. Saya bercuti, saat akhir tiba-tiba dapat arahan menyatakan ia hendaklah ditangguhkan.
“Jadi saya akan berjumpa dengan beliau dan akan memberikan penjelasan kenapa ia perlu diteruskan,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata selepas Majlis Pelancaran Taman Angkat Amanita Kontinjen Selangor, di sini hari ini.
Terdahulu, tular di laman Facebook dakwaan bahawa berlaku campur tangan politik dalam ‘command’ dan kawal selia PDRM.
Dakwa kenyataan tersebut, Ketua Polis Negara telah mengarahkan pertukaran Ketua Polis ditangguhkan atas arahan menteri.
Terdahulu, PDRM melakukan rombakan melibatkan pertukaran pegawai-pegawai kanan di kontinjen negeri dan ibu pejabat polis Bukit Aman berkuat kuasa 12 April.
Senarai pertukaran terbaharu yang dikeluarkan Bukit Aman melibatkan 71 pegawai kanan, antaranya Ketua Polis Kuala Lumpur, Ketua Polis Selangor dan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya.
Hasimi Muhamad
Sat Apr 10 2021
Abdul Hamid berkata beliau akan berjumpa dengan Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam masa terdekat bagi menjelaskan perkara tersebut. - Gambar fail
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
Sultan Nazrin lancar buku berkaitan sejarah PDRM pertahan keamanan negara
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah, hari ini berkenan melancarkan buku yang memaparkan sejarah dan pencapaian Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Berhibur di Golok: Tiga anggota polis akan ditukarkan - KPN
Tiga anggota polis yang dikesan melakukan aktiviti salah laku dengan mengunjungi pusat hiburan di Golok, Thailand akan ditukarkan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
Kertas siasatan pensyarah didakwa hina Nabi dirujuk ke AGC Selasa ini - KPN
Kertas siasatan berhubung kes seorang pensyarah yang didakwa menghina Nabi etika berceramah baru-baru ini, akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara pada Selasa.
Pensyarah didakwa hina Nabi sudah direkod keterangan - KPN
Seorang pensyarah yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW ketika berceramah di sebuah konvensyen baru-baru ini sudah direkodkan keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, pada Isnin.
Polis tidak pernah henti siasat kes simbah asid Faisal Halim - KPN
Tan Sri Razarudin Husain menegaskan polis tidak pernah menghentikan siasatan kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim.
GISB: Lebih 30 lagi tahanan SOSMA masih disiasat - KPN
Polis masih menjalankan siasatan lanjut terhadap lebih 30 lagi individu dikaitkan dengan GISBH yang ditahan mengikut SOSMA.
Op Global: Polis akan mohon sambung reman 24 ahli GISB termasuk CEO - KPN
Polis akan memohon lanjutan reman terhadap 24 pemimpin GISB termasuk Ketua Pegawai Eksekutifnya, yang dijadual tamat esok.
Op Global: 206 akaun bank bernilai RM1.35 juta milik GISB dibeku - KPN
Sebanyak 206 akaun berkait Global Ikhwan Services and Business (GISB) yang melibatkan nilai lebih RM1.35 juta dibekukan, setakat ini.
Op Global: 127 ahli GISB ditahan, 34 individu di bawah Akta SOSMA - KPN
Seramai 127 individu dipercayai ahli Global Ikhwan Services and Business (GISB) ditahan polis setakat ini menerusi Op Global.
Taman Angkat terbukti bantu polis cegah jenayah - Ravindar Singh
Program Rakan Kolaborasi Taman Angkat dengan kerjasama rakan kolaborasi dan masyarakat dilihat membantu polis dalam mengekang jenayah.