awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPN sumbang RM10,000 kepada TAWP hasil kos guaman dibayar Papagomo

Bernama
Bernama
24/02/2025
15:17 MYT
KPN sumbang RM10,000 kepada TAWP hasil kos guaman dibayar Papagomo
Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Razarudin Husain menyumbangkan RM10,000 kepada Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) hari ini. - BERNAMA/FB PDRM
KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Razarudin Husain menyumbangkan RM10,000 kepada Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) hari ini.
Wang itu hasil bayaran kos guaman yang diperintahkan mahkamah terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo kepada Razarudin selepas membenarkan permohonan injunksi inter-parte (secara dua pihak) oleh KPN selaku plaintif dalam saman yang difailkannya terhadap defendan.
Wang itu diserahkan kepada Pengarah Pengurusan Bukit Aman Datuk Abdul Aziz Abdul Majid selaku Ahli Tetap TAWP di pejabatnya di sini.
Razarudin berharap sumbangan berkenaan dapat memberi manfaat kepada anak-anak warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang cemerlang dalam akademik, menghadapi masalah kesihatan dan mereka yang memerlukan bantuan kewangan.
"Ia adalah dana yang diperoleh daripada perintah mahkamah terhadap defendan, Papagomo yang diperintahkan membayar kos guaman dalam prosiding mahkamah setelah mahkamah mengeluarkan injunksi dalam kes saman fitnah pada 10 Jan lepas.
"Saya berharap sumbangan ini dapat meringankan beban yang ditanggung anak-anak warga polis," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Pada 10 Jan lepas, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan injunksi inter-parte oleh Razarudin dalam saman RM3 juta yang difailkannya terhadap Wan Muhammad Azri atas dakwaan memfitnah dan mengarahkan defendan membayar kos RM10,000 kepada plaintif.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ketua Polis Negara
#Razarudin Husain
#sumbang
#TAWP
#Papagomo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan