Guru-guru daripada Gred 41 hingga Gred 48 dibenarkan untuk berkecimpung dalam bidang politik berdasarkan panduan yang dikeluarkan dalam pekeliling bilangan 2010, namun mereka terlebih dahulu perlu mendapat kebenaran daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Zainal Rahim Seman.
Beliau berkata kebenaran yang diberikan itu juga disertai dengan syarat-syarat tertentu kerana pihak kementerian tidak mahu mana-mana pegawai pendidikan yang memegang jawatan pentadbiran terlibat memegang jawatan politik, kerana ada perbezaan ketara antara dua tugas itu.
"Kita tidak mahu apa-apa kaedah di pentadbiran itu dijadikan bahan-bahan politik yang boleh mewujudkan contradiction ataupun pencanggahan dari segi kepentingan antara tugas-tugas dalam hal politik," katanya dalam satu persidangan media di penghujung Majlis Wacana Jelajah Transformasi Nasional 50 (TN50) Anjuran Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) di Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lama Petra Jaya, di sini hari ini.
Katanya dalam apa-apa kaedah dan panduan yang telah ditetapkan, adalah menjadi satu kelaziman ia dilengkapi dengan peraturan, yang mana sesiapa yang melanggar peraturan-peraturan ini boleh dikenakan tindakan sebagai langkah kawalan.
Sementara itu, Presiden CUEPACS Datuk Azih Muda yang turut serta dalam persidangan media itu berkata berdasarkan liberalisasi kerajaan sebelum ini, penjawat awam memang dibenarkan berpolitik, asalkan tidak melanggar tatatertib dan etika.
"Sebagai penjawat awam, semua memang sudah sedia maklum bahawa mereka terikat dengan Akta Rahsia Rasmi, dan jika hendak berpolitik atau memimpin negara - tiada masalah, asalkan mendapat kelulusan," katanya.
Terdahulu semasa menjawab satu soalan berkaitan gaji penjawat awam dalam sesi wacana hari ini Zainal Rahim berkata sebarang rancangan kenaikan gaji perlulah dibuat seiring dengan kenaikan produktiviti pekerja, yang merupakan modal insan dalam menentukan keuntungan dalam sesebuah organisasi.
Beliau berkata ia adalah beberapa perkara yang perlu diperhalusi kerajaan sebelum sebarang ketetapan dibuat berhubung kenaikan gaji penjawat awam.
"Seterusnya (yang perlu dikaji) adalah dari segi ekonomi, kesan kepada peniaga. Apabila berlaku kenaikan gaji, para peniaga akan mengambil peluang untuk menaikkan harga barangan," katanya.
TN50 digagaskan oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak, merupakan dasar futuristik bagi memeta hala tuju negara dalam tempoh 30 tahun selepas 2020.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 22 2018
ZAINAL: Kita tidak mahu apa-apa kaedah di pentadbiran itu dijadikan bahan-bahan politik yang boleh mewujudkan percanggahan.
Biden kekal tidak sokong pencerobohan di Rafah
Mesej itu disampaikan menerusi perbualan telefon dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada Ahad.
Biden kekal tidak sokong pencerobohan di Rafah
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden bercakap dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, pada Ahad.
Tiga perkara perlu dilakukan bagi elak kemusnahan di Gaza
Presiden Palestin Mahmoud Abbas menyuarakan tiga perkara yang perlu diberikan pertimbangan masyarakat dunia dan mengiktiraf Palestin sebagai negara merdeka termasuk ahli penuh Persatuan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB). Beliau berkata demikian di Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Riyadh hari ini.
Delegasi Hamas ke Kaherah bincang gencatan senjata
Satu delegasi Hamas akan melawat Kaherah untuk rundingan yang bertujuan untuk mendapatkan gencatan senjata, pada Isnin.
37 juta tan serpihan runtuhan di Gaza - UNMAS
Pusingan konflik Palestin-Israel yang bermula pada Oktober 2023 telah meninggalkan kira-kira 37 juta tan serpihan runtuhan di Semenanjung Gaza.
WCK sambung misi bantuan di Gaza
World Central Kitchen (WCK) menyambung semula operasi di Semenanjung Gaza, pada Isnin.
Protes di universiti A.S tidak tunjuk tanda perlahan
Protes di universiti Amerika Syarikat tidak menunjukkan tanda perlahan pada hujung minggu dengan lebih banyak tangkapan di kampus dan pertempuran singkat antara penunjuk perasaan pro-Israel dan pro-Palestin di UCLA California.
Banjir ragut 76 nyawa di seluruh Kenya
Daerah Nairobi terjejas teruk akibat banjir dengan hampir 17,000 isi rumah dipindahkan.
Nahas skuter elektrik meningkat di Jepun selepas peraturan dilonggar
Dalam tempoh enam bulan sejak Julai lepas, 85 nahas lalu lintas melibatkan skuter elektrik dicatatkan dan mengakibatkan 86 kecederaan.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia untuk lawatan rasmi, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan tiba di Jakarta pada Ahad untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
KPPA: Guru dibenarkan berpolitik tetapi bersyarat
Pihak kementerian tidak mahu mana-mana pegawai pendidikan yang memegang jawatan pentadbiran terlibat memegang jawatan politik.