PONTIAN: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dicadangkan untuk menggubal dasar baharu berkaitan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Katanya KPT dan agensi berkaitan perlu menjenamakan semula pendidikan tersebut bagi menghapuskan persepsi ibu bapa terhadap TVET sebagai pendidikan kelas kedua atau tidak relevan.
"Ramai ibu bapa mempunyai persepsi negatif terhadap TVET ini dan menganggap pendidikan ini seolah-olah kelas kedua atau tertumpu kepada pelajar tercicir.
"Namun, kalau dibandingkan kepada negara luar seperti Jerman dan Perancis, pendidikan tersebut dijadikan pilihan utama," katanya semasa berucap dalam Majlis Pelancaran Kolej Komuniti@Pontian, di Kompleks Muafakat Sungai Pinggan, di sini hari ini.
Menjelaskan mengenai cadangan menggubal dasar baharu TVET, Perdana Menteri berkata golongan pelajar seharusnya diberi pilihan untuk memilih subjek dalam bidang tersebut di peringkat lebih awal.
"Di negara maju yang lain, pendidikan TVET dimulakan di awal pendidikan namun berbeza di negara ini, TVET diajar kepada pelajar selepas Tingkatan Tiga, iaitu bermula dengan Tingkatan 4 ke atas barulah pelajar dapat membuat pilihan.
"Jadi, kita (kerajaan) mencadangkan untuk KPT menggubal satu dasar baharu tentang TVET, supaya pelajar-pelajar dapat membuat pilihan subjek yang mereka ingin ceburi daripada Tingkatan Satu," katanya.
Mengenai peluang pemegang sijil TVET ke peringkat universiti, Ismail Sabri berkata perkara itu telahpun diperluaskan berbanding dahulu, apabila sijil pendidikan itu tidak boleh digunakan untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading.
"...tetapi pada hari ini sudah ada beberapa universiti di negara ini telahpun menerima sijil vokasional dan sijil latihan TVET ini, untuk melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat universiti.
"Jadi, kepada ibu bapa jangan mempunyai perasaan rendah diri apabila anak-anak belajar di sekolah-sekolah vokasional dan TVET, kerana 'tagline' kita adalah 'TVET menjadi pilihan pertama untuk kerjaya'," katanya.
Perdana Menteri juga yakin setiap tenaga mahir yang dilahirkan melalui program TVET berupaya memberikan satu anjakan perubahan yang konkrit, mampu mewujudkan pekerja mahir terlatih, serta berupaya mencipta pekerjaan sendiri dengan berbekalkan kemahiran yang dimiliki.
"Buktinya, kadar kebolehpasaran graduan TVET pada 2020 ialah 87 peratus iaitu melebihi daripada kadar kebolehpasaran graduan di peringkat nasional, yang direkodkan sebagai 84.4 peratus.
"Secara khususnya, kadar kebolehpasaran graduan kolej komuniti pada tahun sama ialah 94.2 peratus. Nilai ini adalah yang paling tinggi antara institut latihan kemahiran awam yang kita ada di Malaysia," katanya.
Ismail Sabri berkata bahawa produk TVET termasuk juga kolej komuniti menjadi rebutan para majikan di luar sana, justeru kolej komuniti berperanan besar dalam menawarkan akses kepada komuniti setempat untuk meningkatkan kemahiran.
"Dengan pendekatan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) yang disediakan oleh kolej-kolej komuniti, saya yakin, hasrat untuk menyediakan keperluan latihan dan kemahiran di semua peringkat usia akan dapat dilaksanakan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 06 2022
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tengah) hadir pada Majlis Pelancaran Kolej Komuniti Satelit di Kompleks Muafakat Sungai Pinggan Benut hari ini. - Foto BERNAMA
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
KPT dicadang gubal dasar baharu berkaitan TVET - PM
KPT dan agensi berkaitan perlu menjenamakan semula pendidikan tersebut bagi menghapuskan persepsi ibu bapa terhadap TVET sebagai pendidikan kelas kedua atau tidak relevan.