awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DJ Dave kekal bersemangat menyumbang kepada dunia seni
Pengeluaran air mata berlebihan mungkin tanda saluran air mata tersumbat
Indonesia akan bina Kampung Haji di Mekah bagi kurangkan kos ibadah haji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPT galak IPTS laksana program Menu Rahmah

Bernama
Bernama
06/02/2023
11:32 MYT
KPT galak IPTS laksana program Menu Rahmah
Khaled berkata KPT sedang bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk melaksanakan program berkenaan. - Gambar fail
JOHOR BAHRU: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menggalakkan semua institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) melaksanakan Program Menu Rahmah bagi meringankan beban pelajar daripada golongan berpendapatan rendah (B40) yang menyambung pengajian di institusi itu.
Menterinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata bagi institusi pengajian tinggi awam (IPTA), KPT sedang bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk melaksanakan program berkenaan.
"Kita berharap perkara yang baik (Program Menu Rahmah) dapat dilaksanakan di IPTS juga. Bila ia diperkenalkan (di IPTA), kementerian menyambut baik kerjasama KPDN dalam memperluaskan program tersebut," katanya pada sidang media selepas mengadakan kunjungan ke Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini hari ini.
Turut hadir Naib Canselor UTM Prof Datuk Dr Ahmad Fauzi Ismail.
Pada Sabtu lepas, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub dilapor berkata Program Menu Rahmah di IPTA dijangka dilaksanakan selepas Aidilfitri dan untuk peringkat awal akan melibatkan 20 IPTA di sekitar Lembah Klang.
Mengulas mengenai keputusan KPT memendekkan tempoh perkhidmatan Prof Haim Hilman Abdullah sebagai Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) berkuat kuasa 18 Jan lepas, Mohamed Khaled berkata langkah itu dibuat susulan kementeriannya menerima aduan berhubung individu berkenaan.
"Sebenarnya terdapat aduan (diterima) daripada pensyarah dan lembaga pengarah universiti itu tahun lepas, bukanlah (tindakan) suka-suka ia berasas, jadi tidak perlulah saya menyatakan apa sebab dan punca.
"Keputusan itu juga dibuat selepas siasatan selesai dijalankan," katanya sambil menambah bekas naib canselor itu kini masih berkhidmat sebagai profesor di fakulti UUM.
Pada 20 Dis lepas, dilaporkan KPT memaklumkan tempoh perkhidmatan Haim Hilman, 49, sebagai Naib Canselor UUM yang kesembilan dipendekkan berkuat kuasa 18 Jan, selepas mula menggalas tanggungjawab itu pada 17 Jan 2022.
Sementara itu, Mohamed Khaled berkata KPT berhasrat menjadikan UTM sebagai peneraju dalam penyelidikan berasaskan teknologi untuk membawa transformasi pendigitalan Malaysia sekali gus membantu negara untuk saling bersaing dan membangunkan ekonomi.
"Dengan misinya sebagai sebuah universiti yang menginovasi penyelesaian, saya rasa ini sangat tepat sekali dan sudah sampai masanya universiti dalam negara terutamanya UTM meningkatkan keterlihatan serta sumbangannya untuk negara dan masyarakat," katanya.
Menurut Ahli Parlimen Kota Tinggi itu, kadar kebolehpasaran siswazah UTM melebihi 90 peratus, manakala 30 peratus daripada mereka mendapat pendapatan premium dengan gaji minimum RM4,000 sebaik memasuki bidang pekerjaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Menu Rahmah
#KPT
#Khaled Nordin
#kpdn
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan