KUALA LUMPUR: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) komited untuk membantu Pelan Pemulihan Negara sebagai strategi peralihan keluar secara berfasa daripada kemelut pandemik COVID-19.
KPT dalam kenyataan hari ini memaklumkan menerusi Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA Plus), sebanyak RM80 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan kapasiti katil serta peralatan Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi rawatan COVID- 19 di tiga Hospital Pengajar Universiti (HPU).
Kenyataan itu menyebut ia melibatkan HPU Universiti Teknologi MARA (UiTM), HPU Universiti Putra Malaysia (UPM) dan HPU Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
"Peruntukan tambahan ini juga akan dapat memperkasa peranan HPU yang telah sedia bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19 sejak tahun 2020.
"Sejak Februari 2020 hingga 31 Mei 2021, lima HPU telah terlibat secara langsung dalam merawat pesakit COVID-19 iaitu Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Hospital Canselor Tuanku Muhriz di UKM (HCTM UKM), Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Sultan Ahmad Shah Medical Centre @IIUM (SASMEC @IIUM) dan Hospital Universiti Teknologi Mara (HUiTM) Sungai Buloh.
"Kesemua HPU ini berstatus hospital hibrid COVID-19 yang mana pesakit bukan COVID-19 masih terus mendapatkan perkhidmatan rawatan dan perubatan di sini," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu memaklumkan KPT turut membantu kerajaan dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan melalui pewujudan Pusat Pemberian Vaksin Institusi Pendidikan Tinggi (PPV IPT).
Ketika ini, terdapat 18 PPV IPT beroperasi di seluruh negara dengan empat lagi akan dibuka bermula 21 Jun ini iaitu di Universiti Sains Malaysia (USM), Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) USM, UiTM Shah Alam dan Hospital UiTM Puncak Alam.
Sebanyak 19 PPV IPT lagi dalam perancangan untuk dibuka, menjadikan jumlah keseluruhan PPV IPT ialah 41.
Setakat 11 Jun lepas, seramai 134,932 orang telah menerima vaksin di PPV IPT.
"Peruntukan yang disediakan kepada KPT ini jelas menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam usaha berterusan mempertingkat kapasiti kesihatan awam di negara ini.
"KPT juga mengucapkan terima kasih kepada Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) atas peluang kerjasama kepada IPT untuk bersama-sama menangani wabak COVID-19 di negara ini. KPT yakin dan komited bahawa inisiatif bersama ini mampu melandaikan jangkitan COVID-19," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 17 2021
KPT turut membantu kerajaan dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan melalui pembukaan PPV IPT. - Gambar fail
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
Universiti Malaya diminta siasat, sedia laporan segera jemputan Bruce Gilley
Datuk Seri Zambry Abd Kadir telah mengarahkan sebarang program dan aktiviti yang dijadual dihadiri penceramah itu dibatalkan segera.
MQA lancar e-MAS, platform bersepadu sistem akreditasi pendidikan tinggi negara
MQA melancarkan sistem akreditasi untuk membolehkan permohonan akreditasi program dibuat sepenuhnya secara atas talian iaitu menerusi e-MAS.
Konflik Asia Barat: KPT bincang keperluan bawa pulang pelajar Malaysia
KPT akan berbincang dengan pihak berkaitan bagi sebarang tindakan lanjut susulan konflik di Asia Barat ketika ini.
Kerangka pendidikan tinggi negara perlu berubah seiring landskap pendidikan dunia
Kerangka pendidikan tinggi negara ini perlu diubah mengikut kehendak semasa seiring perubahan landskap pendidikan dunia, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
KPT teliti tingkat kursus pelancongan, minyak dan gas, TVET di Sabah
Bidang-bidang berkenaan semakin berkembang di negeri ini justeru membolehkan kursus berkaitan ditawarkan.
KPT tumpu pembangunan institusi bentuk kecemerlangan akademik
KPT akan menumpukan kepada pembangunan institusi pendidikan tinggi sebagai wahana pengubah dan pembangun budaya dalam membentuk kecemerlangan akademik dan sahsiah mahasiswa.
IPT main peranan penting dalam membangunkan masyarakat dan negara - Zambry
Zambry menjelaskan, disebabkan peranan tersebut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan memastikan dasar pendidikan negara berjaya dilaksanakan.
Politeknik Besut bangunkan Pusat Teknologi Kraf Warisan tahun ini
Politeknik Besut merupakan satu-satunya institusi pendidikan tinggi di bawah KPT yang menawarkan pengajian berkaitan batik.
Lima fokus utama meliputi 20 landasan hala tuju fokus KPT tahun ini - Zambry
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan memberi penekanan kepada lima fokus utama meliputi 20 landasan hala tuju yang akan dilaksanakan sepanjang tahun ini.