KOTA TINGGI: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Pendidikan (KPM) untuk mencari kaedah berhubung isu lambakan siswazah perguruan di negara ini.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata kerjasama bersama KPM amat penting agar isu di bawah KPT itu dapat dikurangkan.
"Adalah sangat penting untuk kita tahu unjuran yang hanya boleh diberikan oleh KPM dan memanglah hasrat kita untuk bekerjasama lebih rapat dengan KPM supaya isu (lambakan graduan perguruan) ini boleh dikurangkan.
"Dengan ramainya yang ambil kursus perguruan kita perlu lihat bahawa keperluan perguruan bukan sahaja dibekalkan untuk sekolah kerajaan, ia boleh juga diletakkan di sekolah swasta dan jadi guru di luar negara," kata beliau kepada pemberita selepas Program Semarak Komuniti Kota Tinggi bersama Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di Sekolah Kebangsaan Sedili Besar, di sini hari ini.
Tambah Ahli Parlimen Kota Tinggi itu, beliau juga telah memaklumkan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk memberi tumpuan kepada pengeluaran guru bagi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).
Semalam, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) Aminuddin Awang mendedahkan kecenderungan universiti awam serta swasta yang berlumba-lumba menawarkan pengajian pendidikan untuk melahirkan siswazah perguruan tanpa unjuran KPM boleh menyumbang kepada isu pengangguran dalam kalangan graduan bidang terbabit.
Dalam perkembangan lain, Mohamed Khaled berkata KPT sedang merangka perubahan dalam menjadikan pengajian di Instititusi Pengajian Tinggi (IPT) lebih menarik.
Beliau berkata antara yang dirangka ialah sistem pendidikan secara anjal, yang membolehkan pelajar belajar secara fizikal beberapa tahun dan selebihnya dilaksana secara dalam talian selain beberapa kursus sedang dikenal pasti untuk dipendekkan dari empat tahun kepada tiga tahun.
"Semua sedang diusahakan KPT antara universiti dan industri supaya pelajar (yang telah tamat pengajian) memenuhi keperluan industri dan boleh diambil bekerja.
"Kita juga akan melakukan beberapa perubahan untuk menjadikan belajar di universiti sangat menarik. Kita kenali beberapa program asasi TVET yang membolehkan pelajar masuk dengan kelulusan asas," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditanya strategi kementerian untuk mewujudkan sinergi yang menarik di IPT susulan tarikan ekonomi gig kepada golongan muda dikhuatiri mengurangkan minat mereka terhadap pelajaran dan memasuki IPT.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 28 2023

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (tengah) berkata kerjasama bersama KPM amat penting agar isu di bawah KPT itu dapat dikurangkan. - Foto BERNAMA

PBB lulus misi keselamatan bantu Haiti tangani keganasan berkumpulan
Misi itu bukanlah operasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu itu sendiri, tetapi penempatan tentera yang diketuai oleh Kenya dan disokong secara rasmi oleh Majlis Keselamatan.

SPRM tahan Datuk Seri disyaki kemuka tuntutan palsu RM60,000
SPRM menahan seorang bekas pengerusi sebuah koperasi bergelar Datuk Seri kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu.

China keluar amaran kuning Taufan Koinu
Taufan ke-14 pada tahun ini dijangka membawa angin kencang ke bahagian selatan dan timur negara itu.

GPS komited dengan Kerajaan Perpaduan, mahu suburkan politik berasas pembangunan - Fadillah
Ketidakstabilan politik hanya akan menjauhkan pelabur asing daripada bertapak di negara ini, sekali gus menyukarkan Kerajaan Perpaduan untuk menyuburkan kembali ekonomi negara.
Belanjawan 2024: Ringgit lemah, ubat mahal, siapa tanggung?
Membawakan kupasan mendalam mengenai mata wang lemah, ubat-ubatan yang mahal dan siapa yang harus bertanggungjawab terhadap cabaran ini.

Mindef perkemas perjanjian G2G, pastikan perolehan aset ikut jadual - Adly
Adly menambah Kertas Putih Pertahanan turut menzahirkan iltizam kerajaan untuk ters memperkasakan dasar sains, teknologi dan industri pertahanan dengan menyemarakkan budaya penyelidikan dan inovasi.

Program Pencampuran Biodiesel Nasional bantu kurangkan 45 peratus karbon menjelang 2030 - Fadillah
Pelaksanaan Program Pencampuran Biodiesel Nasional oleh bakal menjanjikan impak positif yang substantif kepada persekitaran negara.

Pas tidak buat rayuan keputusan petisyen Parlimen Kemaman
Keputusan itu dibuat susulan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Anselm Charles Fernandis mengesahkan terdapat unsur rasuah bagi pilihan raya Parlimen berkenaan.

Gelandangan terperangkap dalam longkang diselamatkan bomba
Anggota bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan mangsa.

Sultan Nazrin berkenan rasmi INSTUN, Balai Cerap Tan Sri Harussani
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan merasmikan Kompleks Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) dan Balai Cerap Tan Sri Harussani.

Tiada arahan larang IPTA sertai program anjuran negeri pembangkang - KPT
KPT tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan melarang mana-mana IPTA terlibat dengan sebarang program dianjurkan kerajaan negeri pembangkang.

KPT pertimbangkan laluan khas politeknik kepada pelajar aliran agama, huffaz
Cadangan itu bakal membuka peluang serta laluan lebih besar untuk pelajar jurusan berkenaan mengikuti pengajian TVET di semua politeknik di bawah KPT.

RM15 juta diperlukan untuk agenda pendigitalan di politeknik tahun depan
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti telah membuat permohonan kepada KPT bagi mendapatkan peruntukan itu.

Lepasan STPM boleh semak keputusan UA mulai hari ini
Keputusan boleh disemak secara dalam talian mulai 7 September 2023 pukul 12 tengah hari hingga 16 September 2023, jam 5 petang.

KPT peruntuk RM339.5 juta bagi pembangunan dan kebajikan pelajar - Khaled Nordin
KPT telah memperuntukkan RM339,516,500 bagi tujuan pembangunan dan kebajikan pelajar yang melibatkan pembinaan serta penyelenggaraan asrama atau kolej kediaman bagi tahun 2023.

KPT: Pidato mampu lahirkan generasi intelektual, berfikiran kritikal dan matang
Usaha untuk mencari kebenaran dipraktikkan selain menjadikan ia pentas untuk melontarkan idea-idea besar termasuk saranan mahupun kritikan

Sabah, Sarawak perlu pejabat penghubung KPT dengan masyarakat - Timbalan Menteri
Sabah dan Sarawak memerlukan cawangan atau pejabat penghubung antara Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan masyarakat di kedua-dua negeri.

KPT nafi syarat ketat pinjaman, biasiswa faktor lepasan SPM tidak lanjut ke IPT
KPT menafikan dakwaan kononnya syarat ketat pinjaman dan biasiswa menjadi faktor pelajar lepasan SPM tidak memilih untuk melanjutkan pengajian di peringkat IPT.

KPT tiada halangan pelarian Rohingya sambung pengajian di IPT - Khaled
Malaysia sebagai sebuah negara bertamadun tidak boleh lari daripada sifat manusiawi dan ihsan.

TVET: KPT timbang penubuhan politeknik swasta diterajui pihak industri
Cadangan itu selari dengan rangkaian inisiatif KPT yang sedang meletakkan bidang TVET dan pengajian politeknik setanding universiti.