Skip to main content

Malaysia

KPT terbuka dengar pandangan, cadangan warga kerja universiti awam

PUTRAJAYA, 7 Sept - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir bercakap kepada pemberita selepas Majlis Serahan Surat Tajaan Yuran Pengajian Kepada Pelajar Cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2025 hari ini. - fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
ZAMBRY: Saya menghargai peranan GAKUM sebagai wadah yang membawa suara petugas dan menjadi rakan strategik dalam memperkukuh ekosistem pendidikan tinggi negara. - Gambar fail/BERNAMA
Advertisement

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sentiasa terbuka menerima pandangan serta cadangan pelbagai pihak dalam usaha memperkukuh kebajikan dan pembangunan kerjaya warga kerja universiti awam (UA). 

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata hubungan harmoni antara kementerian, pengurusan universiti dan warga kerja amat penting bagi memastikan institusi pendidikan tinggi terus berkembang serta mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dan negara.

Terdahulu, beliau menerima kunjungan hormat delegasi Majlis Gabungan Kesatuan Kakitangan Universiti Awam Malaysia (GAKUM).

“Pertemuan ini membuka ruang untuk kami bertukar pandangan mengenai pelbagai perkara berkaitan kebajikan, pembangunan kerjaya serta perkara berkaitan warga kerja UA.

“Saya menghargai peranan GAKUM sebagai wadah yang membawa suara petugas dan menjadi rakan strategik dalam memperkukuh ekosistem pendidikan tinggi negara,” katanya menerusi hantaran Facebook pada Isnin. 

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement