KUALA LUMPUR: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan kerjasama Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) telah membangunkan polisi Inclusive Open Educational Resources (iOER) khusus bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU).
Pengarah Bahagian Mahasiswa Holistik, Jabatan Pendidikan Tinggi Prof Madya Mohd Suzeren Md Jamil berkata, polisi berkenaan bertujuan memudahkan golongan OKU dalam mengakses, memperoleh dan menggunakan bahan pendidikan terbuka secara dalam talian.
"Polisi ini akan menjadi satu dasar nasional yang terpakai bagi semua institusi dalam menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran.
"Ia akan diserahkan kepada pihak UNESCO untuk diterima, dirujuk dan diadaptasi oleh negara lain," katanya ketika merasmikan Konvensyen Kebangsaan Mahasiswa OKU 2021 secara maya, hari ini.
Mohd Suzeren berkata bagi memastikan keperluan dan kesejahteraan mahasiswa OKU diberi keutamaan, Jabatan Pendidikan Tinggi turut bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Perangkuman Orang Kurang Upaya.
Jawatankuasa berkenaan akan dianggotai wakil kementerian, pengurusan tertinggi institusi pengajian tinggi (IPT), pegawai perkhidmatan serta wakil komuniti OKU bagi meneliti dan membincangkan isu berbangkit termasuk berkaitan kemasukan ke IPT serta pengurusan kebajikan mahasiswa golongan tersebut.
Selain itu, Mohd Suzeren berkata satu sistem berasaskan laman sesawang iaitu Projek Kerangka Kampus Inklusif Meningkatkan Kemasukan Pelajar OKU ke Universiti Awam (MyU-OKU), juga dibangunkan bagi membantu universiti melaksanakan penilaian tahap ketersediaan institusi berkenaan dalam mewujudkan kampus inklusif yang memenuhi keperluan mahasiswa OKU.
"Ketersediaan universiti awam dinilai berasaskan instrumen untuk menerima kemasukan mahasiswa OKU berteraskan tadbir urus, pengajaran dan pembelajaran, perkhidmatan sokongan dan aksesibiliti serta ketersambungan persekitaran kampus. MyU-OKU ini akan ditambah baik dari semasa ke semasa.
"KPT sentiasa komited dan prihatin dalam memperbaharui landskap pendidikan tinggi di Malaysia agar benar-benar inklusif untuk semua. Hasrat ini mendukung nilai dan ciri-ciri diterapkan dalam konsep Keluarga Malaysia yang menekankan aspek keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 03 2021

Polisi berkenaan bertujuan memudahkan golongan OKU dalam mengakses, memperoleh dan menggunakan bahan pendidikan terbuka secara dalam talian.

AWANI Ringkas: Bantuan kepada pesawah | Komander NTF baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Mayat lelaki ditemui terapung di Sungai Kelantan
Mayat lelaki itu ditemukan dalam keadaan terapung pada jarak 200 meter dari Pusat Operasi Sukarelawan Perikanan, Pengkalan Pasir Pekan.

Malaysia perlu sembilan emas capai sasaran di Hanoi
Beberapa acara final melibatkan atlet Malaysia diharapkan dapat menghadiahkan kilauan emas.

PBB dedah sekatan AS beri kesan kepada Iran
Sekatan menjejaskan kumpulan eksport utama Iran, bank dan juga beberapa syarikat serta individu.

Northport rangkul anugerah IAPH 2022 Sustainability Award tewaskan Pelabuhan Montreal, Amsterdam
Northport telah menewaskan dua finalis lain iaitu Pelabuhan Montreal dan Pelabuhan Amsterdam dalam kategori itu.

JDT dan Sri Pahang FC sekadar seri 2-2
Penyerang berbisa Bergson Gustavo Silveira Da Silva meletakkan Skuad Harimau Selatan di depan menerusi jaringan pada minit ke-17.

Jualan kenderaan UMW Holdings merosot kepada 32,600 unit pada April
Pada April, momentum jualan yang kukuh berterusan apabila UMW Toyota Motor mencatatkan jualan yang bertambah baik.

HLIB : Harga minyak tinggi dijangka kekal dalam tempoh lebih lama
Di sebalik ikrar meningkatkan pengeluaran minyak yang sederhana April lalu, pengeluaran sebenar secara konsisten tidak menepati jangkaan.

WEF 2022 Davos: 'Beri penekanan terhadap usaha pemulihan global'
Pandemik COVID-19 telah mencipta barah kepada pelbagai krisis yang memberi implikasi besar terhadap sistem sokongan global.

Sektor animasi negara mampu tembusi pasaran antarabangsa - MDEC
Produk animasi tempatan seperti Upin & Ipin sudah mula mendapat tempat di pasaran luar malah menerima sambutan luar biasa.

Ratusan mahasiswa berdemonstrasi di depan kompleks Parlimen Indonesia
Ratusan mahasiswa berkumpul di hadapan kompleks Parlimen memprotes kenaikan harga minyak masak serta menolak rancangan pelanjutan tempoh jawatan presiden.

Undi18: KPT berperanan sediakan mahasiswa matang dalam politik - Noraini
Golongan itu perlu diterapkan dengan pemikiran serta pemahaman yang betul tentang suasana politik negara.

Lebih 12,000 mahasiswa nikmati manfaat inisiatif #DIY4UM
Bantuan telah diagihkan menerusi tiga pembayaran sama rata melalui e-dompet Touch 'n Go' pada sepanjang November dan Disember tahun lepas.

20 universiti awam tubuh Unit Perkhidmatan dan Sokongan OKU
Unit itu terletak di bawah seliaan Naib Canselor universiti dan sebarang arahan disampaikan melalui saluran pengurusan tertinggi universiti awam.

KPT, UNESCO bangunkan polisi iOER khusus untuk OKU
Polisi berkenaan bertujuan memudahkan golongan OKU dalam mengakses, memperoleh dan menggunakan bahan pendidikan terbuka secara dalam talian.

PM lancar Yayasan Kebajikan Siswa Keluarga Malaysia bantu mahasiswa memerlukan
Kerajaan memperuntukkan dana sebanyak RM5 juta kepada yayasan tersebut, yang akan disalurkan menerusi Kementerian Kewangan.
![[KOLUMNIS] Terima kasih KPT [KOLUMNIS] Terima kasih KPT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/41617642171_USIM.jpg)
[KOLUMNIS] Terima kasih KPT
Secara asasnya, pengumuman yang dilakukan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dapat memenuhi banyak resolusi yang telah dikemukakan oleh MPPK.

27 gerakan mahasiswa Malaysia kemuka 8 tuntutan kepada KPT
27 gerakan mahasiswa seluruh Malaysia mengemukakan lapan tuntutan berkenaan pembukaan semula institusi pengajian tinggi (IPT) kepada Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad.

Tujuh tuntutan mahasiswa kepada Kementerian Pengajian Tinggi
Tuntutan ini adalah bagi membawa perhatian kerajaan dalam isu yang membabitkan mahasiswa ketika ini.

Mahasiswa UTeM menang pingat emas cipta dron pada WICO 2021
Produk tersebut dibangunkan dengan kos efektif dan berkeupayaan dikomersialkan di peringkat tempatan dan antarabangsa.