PUTRAJAYA: Penerima bantuan kebajikan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada tahun ini dijangka mencecah 550,000 orang daripada 517,414 penerima bantuan tahun lepas dengan mengguna pakai Paras Garis Kemiskinan (PGK) Makanan 2019 sebagai kelayakan permohonan.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata jangkaan pertambahan penerima itu adalah selari dengan keputusan kerajaan untuk menaikkan kelayakan permohonan bantuan kebajikan dengan menggunakan PGK Makanan 2019 iaitu RM1,169 berbanding RM980 sebelum ini.
Rina berkata kira-kira 71 peratus atau RM1.772 bilion daripada RM2.5 bilion perbelanjaan mengurus untuk Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) tahun ini akan disalurkan kepada bantuan kebajikan di bawah JKM bagi membantu mereka yang memerlukan untuk kelangsungan hidup.
"Kementerian menjangka menerima banyak permohonan daripada mereka yang terkesan. Untuk itu, saya telah minta supaya pemprosesan perlu dipercepat dengan menggunakan teknologi yang memudahkan mereka (penerima)," katanya dalam sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan KPWKM di sini hari ini.
Sementara itu, Rina berkata hasil tinjauannya terhadap mangsa-mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) mencadangkan agar penyampaian bantuan makanan yang sudah siap dibungkus menggunakan teknologi "retort".
Tinjauannya mendapati PPS cukup dengan makanan dan barangan keperluan asas, namun terdapat pembaziran dari segi makanan kerana makanan siap masak yang dibungkus mudah rosak atau basi.
"Sudah tiba masanya untuk kita memperluaskan lagi penggunaan makanan dengan bungkusan teknologi retort atau penstrilan, ia menjadikan makanan tahan lebih lama, segar dan mudah disediakan," katanya.
Dalam pada itu, Rina berkata untuk tahun 2022, Rina berkata kementerian akan terus memfokuskan kepada usaha memperkukuhkan mutu perkhidmatan, memastikan keberkesanan program yang dirancang dan memperkasa golongan wanita secara lebih komprehensif.
Beliau berkata enam agensi kementerian iaitu JKM, Yayasan Kebajikan Negara (YKN), Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Institut Sosial Malaysia (ISM) dan Lembaga Kaunselor Malaysia (LKM) akan digembleng bersama untuk memastikan fokus untuk tahun ini dapat dicapai.
"Untuk tahun ini, kita tak nak bergerak dalam silo. Sebagai contoh, apabila berlaku banjir dulu kita hanya nampak JKM, tapi sekarang saya nak gerakkan semua (agensi) membantu mangsa banjir," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 10 2022
Rina berkata jangkaan pertambahan penerima itu adalah selari dengan keputusan kerajaan untuk menaikkan kelayakan permohonan bantuan kebajikan dengan menggunakan PGK Makanan 2019 iaitu RM1,169 berbanding RM980 sebelum ini. - Gambar fail/Astro AWANI
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Mengenang Tun Mohammed Hanif Omar 1939-2024
Baik bagi mengenang pemergian tokoh negara berjiwa besar Allahyarham Tun Haniff Omar
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Perluasan konflik serantau, Asia Barat
Prof Dr Azmi Hassan, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara NASR
'Saya akan beri keputusan dalam masa singkat' - Anwar
Ketua-ketua cabang di Sabah telah memberikan pandangan dan keputusan akan dipertimbang dalam masa terdekat.
Wanita usung mayat bapa saudara ke bank demi tanda tangan dokumen pinjaman wang
Erika memberitahu pekerja bank bahawa bapa saudaranya mahu melakukan pinjaman sebanyak 17,000 reais (RM15,523).
Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 peringkat kebangsaan dirai di Sabah hari ini
Majlis itu membuka tirai dan menerima kunjungan orang ramai seawal pukul 10.30 pagi hingga 3 petang.
Air Sungai Pasir keruh, LRA Wangsa Maju dihenti tugas sementara
Langkah kawalan itu bagaimanapun tidak menyebabkan gangguan penyaluran air mentah ke LRA Wangsa Maju.
AWANI Pagi: Perang Israel-Iran: Perang alaf baharu?
Diskusi 8.30 pagi Sabtu bersama Jumaat bersama Pakar Hubungan Antarabangsa, Prof Dr. Ahmad Marthada Mohamed mengenai kemungkinan lebih buruk boleh dijangkakan di rantau Asia Barat selepas Israel bertindak melancarkan peluru berpandu dan membedil bandar Isfahan di Iran semalam.
Buang dua ekor itik kerana bimbang nasib malang
Siok Hui meletakkan kedua-dua itik itu dalam sebuah kotak sebelum ditinggalkan di Hutan Simpan Bukit Timah ketika kejadian pada 2020.
Orang ramai perlu berani lapor kes dera - Nancy
Perkara itu boleh dilaporkan secara terus melalui Talian Kasih 15999 yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Aduan berkaitan gangguan seksual terhadap lelaki semakin meningkat - Nancy
Aduan berkaitan gangguan seksual terhadap golongan lelaki semakin meningkat di negara ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.
Jangan biarkan ibu meroyan bersendirian di rumah - Nancy
Pasangan atau ahli keluarga tidak sepatutnya membiarkan ibu yang mengalami masalah kemurungan selepas bersalin atau lebih dikenali sebagai meroyan, berseorangan di rumah.
KPWKM cadang tubuh satu Anjung Kasih YKN setiap negeri
Pada masa ini terdapat 19 Anjung Kasih YKN yang beroperasi sepenuhnya termasuk terbaharu disediakan di Hospital Raja Perempuan Zainab II.
Banjir: Pegawai, kaunselor KPWKM dalam mod siap siaga
Seramai 8,543 sukarelawan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga dalam keadaan bersedia bagi membantu melancarkan pengoperasian di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Tambang percuma perkhidmatan Prasarana buat OKU mudahkan kebolehcapaian - Nancy
Pemberian tambang percuma perkhidmatan pengangkutan awam kendalian Prasarana kepada golongan OKU membuka lebih banyak peluang dan memudahkan kebolehcapaian untuk komuniti berkenaan.
Kerajaan peruntuk RM35.8 juta kepada JKM hadapi Monsun Timur Laut 2023/2024
Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM35.8 juta kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi menghadapi bencana pada tahun 2023 dan 2024.
KPWKM sedia tawar khidmat kaunseling buat keluarga Zayn Rayyan - Nancy
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bersedia menawarkan khidmat kaunseling kepada keluarga kanak-kanak autisme Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin.
KPWKM komited perkasa pendidikan kesihatan reproduktif, gejala sosial
KPWKM terus komited dalam melipatgandakan usaha memperkasakan pendidikan kesihatan reproduktif dan gejala sosial dalam kalangan remaja.
KPWKM adakan program galak rakyat bina keluarga, tingkat kadar kelahiran
KPWKM akan mengadakan program bagi menggalakkan rakyat khususnya golongan muda berkahwin sekali gus membantu meningkatkan kadar kelahiran.