awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPWKM kenal pasti isu kualiti makanan di PPS

Bernama
Bernama
06/03/2023
08:05 MYT
KPWKM kenal pasti isu kualiti makanan di PPS
Nancy (empat, kiri) menyantuni mangsa banjir sewaktu melakukan lawatan ke PPS banjir di Sekolah Kebangsaan Kota Dalam, hari ini. -BERNAMA
BATU PAHAT: Bekalan bahan basah yang terhad antara punca timbulnya isu kualiti makanan yang dibekalkan kepada mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) baru-baru ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.
Beliau berkata susulan isu tersebut, pihaknya telah mendapatkan penjelasan daripada katering terbabit dan mereka mengakui sukar mendapatkan bekalan bahan basah sehingga menjejaskan kualiti makanan yang disediakan.
"Katering tersebut mengaku ada kekurangan daripada segi kualiti makanan kerana sukar mendapat bahan (bahan basah) dan terpaksa pergi jauh.
"Kita sudah berikan amaran dan buat masa ini (banjir) bukan mudah untuk mencari katering baharu... sebab itu kita ada tolak ansur untuk membantu menyelesaikan masalah," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di PPS Sekolah Kebangsaan Kota Dalam di sini, hari ini.
Nancy berkata paket makanan dibungkus secara 'retort' akan diagihkan kepada mangsa banjir pada hari pertama mereka ditempatkan di PPS dan kemudiannya ia terpulang kepada mangsa sama ada untuk menjalankan gotong-royong untuk menyediakan makanan.
Beliau menambah pihaknya tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya mangsa banjir di PPS mahu melakukan gotong-royong dalam penyediaan makanan kerana kementeriannya melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan membantu dalam pengurusan di PPS.
Beliau berkata setakat ini, seramai 415 kakitangan JKM dari beberapa negeri dan 600 sukarelawan membantu dalam menguruskan PPS dan mangsa banjir.
Semalam, tular di media sosial sebuah video berhubung seorang Ahli Parlimen yang kecewa dengan kualiti makanan dan waktu pengagihan makanan kepada mangsa banjir di Yong Peng, di sini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#Nancy Shukri
#isu kualiti makanan
#Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan