awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
15 maut dalam perlanggaran kapal Pengawal Pantai Greece dengan bot migran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPWKM, KPM bekerjasama pastikan pendidikan kanak-kanak tiada dokumen

Bernama
Bernama
26/04/2021
20:25 MYT
KPWKM, KPM bekerjasama pastikan pendidikan kanak-kanak tiada dokumen
Langkah berkenaan penting dalam memastikan kanak-kanak di institusi kebajikan kendalian JKM dapat diintergrasikan dalam masyarakat. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menjalinkan kerjasama strategik dengan Kementerian Pendidikan (KPM) untuk memastikan kanak-kanak di institusi kebajikan kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) diterima masuk ke sekolah aliran perdana.
KPWKM dalam kenyataan memaklumkan, ia termasuk kanak-kanak disahkan oleh Jabatan Perdaftaran Negara (JPN) sebagai kanak-kanak yang tidak mempunyai dokumen.
"Dalam hal ini, JKM mengenal pasti 40 kanak-kanak yang berstatus tiada dokumen. Daripada jumlah tersebut, 10 kanak-kanak dari beberapa institusi telah diterima masuk ke sekolah aliran perdana," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Kenyataan itu memaklumkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun mengiringi dan menyantuni enam kanak-kanak yang telah diluluskan untuk diterima masuk ke Sekolah Kebangsaan Taman Midah 2, Cheras, pada Isnin.
Kemasukan kanak-kanak ke sekolah tersebut setelah memenuhi semua syarat ditetapkan oleh KPM manakala 30 kanak-kanak lagi dalam proses permohonan, menurut kenyataan itu.
Menurut KPWKM, langkah berkenaan penting dalam memastikan kanak-kanak di institusi kebajikan kendalian JKM dapat diintergrasikan dalam masyarakat dan sebagai persediaan untuk mereka melangkah keluar daripada institusi kebajikan bagi menjalani kehidupan normal.
KPWKM turut berterima kasih kepada KPM atas inisiatif yang diambil dalam memastikan tiada kanak-kanak tertinggal dalam mendapatkan pendidikan formal di negara ini.
KPWKM juga sentiasa memantau perkembangan kanak-kanak yang telah diberi peluang pendidikan di sekolah aliran perdana dari semasa ke semasa dan memastikan peluang dan kemudahan itu diberi sama rata kepada lebih ramai kanak-kanak di institusi kebajikan di bawah JKM.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KPWKM
#KPM
#kerjasama strategik
#Kanak-kanak
#penghuni rumah kebajikan JKM
#diterima masuk
#sekolah
#aliran perdana
#Rina Harun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan