PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) hari ini, menafikan laporan portal berita mengenai dakwaan bayi Bajau Laut dirampas daripada seorang ibu yang tidak mempunyai kerakyatan, di sebuah hospital di Sabah.
KPWKM dalam kenyataan hari ini memaklumkan, semakan telah dilakukan terhadap dakwaan yang dibangkitkan portal berita itu pada 15 Sept lepas, dan mendapati isu itu merupakan kes lama yang dikendalikan oleh Pelindung Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Lahad Datu, Sabah pada 2021.
Menurut kenyataan KPWKM itu, penempatan kanak-kanak bersama Orang Yang Layak Dan Sesuai (OYLS) pada awalnya, ialah melalui Perintah Sementara di bawah perenggan 19(2)(b), Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611] daripada Mahkamah Bagi Kanak-Kanak (MBKK), sementara proses mengenal pasti ibu atau bapa atau penjaga dijumpai dan tampil untuk mendapatkan hak penjagaan tersebut.
Kenyataan KPWKM memaklumkan setelah mendapat pengesahan daripada Ketua Kampung Bajau Laut, Lahad Datu, Pelindung telah menawarkan kepada ibu dan bapa kandung untuk mengambil semula hak penjagaan kanak-kanak daripada OYLS, namun ibu bapa kandung telah membuat keputusan untuk menyerahkan kanak-kanak kepada OYLS, melalui akuan sumpah berkanun secara suci hati.
Selain itu, menurut KPWKM, Pelindung juga mendapati ibu kandung tidak berkemampuan untuk memelihara kanak-kanak berkenaan, disebabkan faktor kewangan dan kesihatan kronik serta tidak berupaya membiayai kos perubatannya, dan telah meninggalkan kanak-kanak pramatang itu selama tiga bulan di Hospital Lahad Datu.
Pada 15 Sept lepas, portal berita (Mkini) menerbitkan laporan bertajuk "Baby snatching: How stateless mums lose their infants in Sabah hospital" yang laporan itu menceritakan kes melibatkan Aimah (bukan nama sebenar), yang bayinya dimasukkan ke wad unit rawatan rapi bayi (NICU) selepas dilahirkan dan diambil darinya tanpa kebenaran kerana tiada kerakyatan.
Dalam laporan itu, beliau mendakwa pihak hospital membuat laporan ke Jabatan kebajikan Masyarakat (JKM), selepas dia meninggalkan bayinya di hospital dan menghilangkan diri. Oleh itu, JKM mendapati beliau tidak mampu menjaga anaknya dan mengambil hak penjagaan bayi itu.
Laporan itu turut mendakwa tiga kes serupa direkodkan, di mana dua ibu mendapat semula hak penjagaan ke atas anak mereka, manakala seorang lagi diancam hilang hak penjagaan membunuh diri bersama bayinya di hospital.
Menegaskan dakwaan yang dibangkitkan dalam laporan portal itu adalah tidak benar, KPWKM memaklumkan pengendalian kes berkenaan telah dilaksanakan dengan teratur mengikut prosedur yang ditetapkan.
"Ia berdasarkan laporan pelindung, perintah mahkamah, laporan polis, akuan sumpah berkanun, permohonan daftar lewat kelahiran kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan laporan daripada pihak Hospital Lahad Datu," menurut kenyataan KPWKM.
KPWKM dalam kenyataam itu memaklumkan, satu sesi persidangan kes bagi memperincikan maklumat dan membuat semakan berhubung prosedur pengendalian kes pemeliharaan dan perlindungan kanak-kanak berdasarkan kepada Akta 611 telah diadakan semalam, susulan laporan tersebut.
Menurut KPWKM satu laporan polis telah dibuat pada hari ini (20 Sept) di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu, bagi menafikan dakwaan tidak benar tersebut.
"Kementerian juga memberi jaminan untuk memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa, apabila siasatan dijalankan," katanya.
KPWKM juga berkata ia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya kepada mana-mana pegawai yang terlibat, sekiranya dakwaan tersebut benar-benar berlaku.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 20 2023

KPWKM hari ini, menafikan laporan portal berita mengenai dakwaan bayi Bajau Laut dirampas daripada seorang ibu yang tidak mempunyai kerakyatan, di sebuah hospital di Sabah. - Gambar fail
Bekas Menteri Pertahanan meninggal dunia
Bekas Menteri Pertahanan, Tan Sri Abang Abu Bakar Abang Mustapha meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur, hari ini.

'KKM perlu beri lebih tumpuan kepada kes bunuh diri remaja' - Sivaraj
Sivaraj menambah, menurut laporan sejumlah 1,142 kes bunuh diri dalam kalangan remaja dilaporkan pada 2022.

Pesawat latihan terhempas, dua juruterbang tentera India terbunuh
Pesawat Pilatus PC-7 Mk II terhempas semasa penerbangan latihan rutin dari Akademi Tentera Udara dekat bandar raya Hyderabad.

'Nampaknya formula anda berkesan' - TMJ
Keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil kembali menimbulkan tanda tanya menjelang final Piala Malaysia antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Terengganu FC, Jumaat ini.

Tok Mat akui UMNO masih jauh raih kembali kepercayaan orang Melayu
Mohamad berkata, walaupun parti tersebut menonjolkan seorang pahlawan bangsa dengan rekod perkhidmatan yang sangat cemerlang namun mereka tetap tewas.

Iran, Arab Saudi ambil pendekatan pertama tingkatkan hubungan pertahanan
Selepas sembilan bulan Iran dan Arab Saudi memulihkan hubungan diplomatik, pegawai kanan pertahanan kedua-dua negara mula membincangkan cara untuk meningkatkan kerjasama ketenteraan.
Pas intai jawatan ketua pembangkang, Bersatu patut risau - Fahmi
Fahmi Fadzil berkata beberapa keputusan telah dicapai dalam Mesyuarat Jemaah Menteri dan perkara berkenaan akan diumumkan oleh Perdana Menteri atau Ketua Setiausaha Negara (KSN).
AWANI Ringkas: Pembedahan prostat bukan kanser prostat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Bantuan rumah sewa mangsa banjir termenung akan diselesaikan - MB Kelantan
Kerajaan negeri akan menyelesaikan pemberian subsidi rumah sewa kepada 58 keluarga mangsa banjir termenung yang terkesan akibat Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok.
Mangsa banjir terjejas di Kelantan terus meningkat
Kelantan merupakan satu-satunya negeri yang terjejas disebabkan gelombang banjir ketika ini. Jumlah mangsa banjir setakat 11 pagi Isnin mencatatkan peningkatan kepada 4,641 mangsa.

KPWKM adakan program galak rakyat bina keluarga, tingkat kadar kelahiran
KPWKM akan mengadakan program bagi menggalakkan rakyat khususnya golongan muda berkahwin sekali gus membantu meningkatkan kadar kelahiran.

KPWKM galak pengusaha sediakan fasiliti penjagaan warga emas
Kerajaan juga komited dalam membekalkan sistem sokongan bagi meningkatkan penyertaan 60 peratus wanita dalam pasaran buruh.

KPWKM cadang wujud pusat jagaan warga emas di fasiliti kerajaan tahun depan - Nancy
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan mewujudkan pusat jagaan warga emas di fasiliti kerajaan tahun depan, dengan caj perkhidmatan penjagaan pada kadar minimum.

Pusat Subfertiliti Negara pertama beroperasi 2029 - Nancy
Pusat Subfertiliti Negara yang pertama akan dibina di Shah Alam, Selangor tahun hadapan.

KPWKM berhasrat wajibkan kursus asas kanak-kanak OKU kepada taska - Nancy
KPWKM berhasrat mewajibkan Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak Kurang Upaya kepada pihak yang mengendalikan taska atau pusat jagaan melibatkan kanak-kanak berkeperluan khas.

Keupayaan seseorang pemimpin dinilai dari kejayaan bentuk institusi keluarga - PM
Perdana Menteri berkata, seorang yang tidak berjaya membentuk keluarga akan dilihat tidak mampu menjadi pemimpin yang baik.

Polis akan laksana tapisan pengasuh, semak rekod jenayah - Nancy
KPWKM akan bekerjasama dengan polis bagi melaksanakan tapisan latar belakang melibatkan pengasuh taska serta proses sebelum ia didaftarkan.

KPWKM ambil langkah intervensi, sekiranya masalah kemurungan meningkat - Nancy
Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan mengambil langkah intervensi sekiranya masalah kemurungan dalam kalangan rakyat Malaysia semakin meningkat.

38.8 peratus wanita pegang jawatan peringkat pembuat keputusan di sektor awam
Sasaran 30 peratus wanita memegang jawatan di peringkat pembuat keputusan dalam sektor swasta dan korporat masih belum dicapai setakat ini.

Lelaki juga jadi mangsa gangguan seksual - Timbalan menteri
Seramai 235 orang atau 23.2 peratus daripada 1,012 mangsa gangguan seksual merupakan golongan lelaki.