KUALA LUMPUR:Sebanyak 6,300 bantuan bakul makanan telah disalurkan di tujuh lokaliti di Semporna dan Kunak di Sabah susulan pewartaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan tersebut dari 11 hingga 24 Okt ini.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata bagi Selangor dan Kedah, penyaluran bantuan bakul makanan kepada penduduk yang terlibat sedang diuruskan.
Menurut kenyataan itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Harun telah mengarahkan kementerian dan agensi di bawahnya memastikan barang keperluan sentiasa mencukupi, berada dalam keadaan baik dan sentiasa bersiap siaga dalam mengharungi pandemik COVID-19.
Rina turut turun padang semalam bagi meninjau kesiapsiagaan Pusat Operasi Sementara Bantuan Bakul Makanan di Pusat Latihan Pemulihan dan Perindustrian Bangi yang dibuka sejak 18 Mac lepas.
Sebanyak 799,583 bantuan bakul makanan telah diagihkan kepada ketua isi rumah yang memanfaatkan hampir 3.1 juta rakyat yang terkesan semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKPD sebelum ini.
"Pengurusan pengagihan adalah berdasarkan pelbagai sumber aduan dan rujukan seperti melalui aduan secara langsung individu ke Pusat Kawalan Pengurusan Operasi Bencana (PKOB) Negeri dan Daerah, rujukan pemimpin masyarakat dan melalui Talian Prihatin Masyarakat KPWKM, Talian Kasih 15999 dan WhatsApp 0132615999," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 17 2020

Sebanyak 799,583 bantuan bakul makanan telah diagihkan kepada ketua isi rumah yang memanfaatkan hampir 3.1 juta rakyat yang terkesan semasa pelaksanaan PKP dan PKPD sebelum ini. - Gambar fail BERNAMA

Tujuh lelaki ditahan halang dan maki anggota polis
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata, kesemua lelaki berusia 23 hingga 45 tahun itu ditahan di sekitar Jalan Patani dan Tanjung Tokong.

COVID-19: Pengedaran vaksin tidak saksama ancaman buat negara miskin - WHO
Pewujudan vaksin dalam masa setahun adalah pencapaian yang baik, namun pengedaran yang tidak saksama mewujudkan risiko peningkatan ketidaksamarataan antara negara kaya dan miskin.

COVID-19: Kes positif seluruh dunia lebih 95 juta
Data terbaharu Johns Hopkins University turut menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 24 juta kes.

COVID-19 ragut nyawa lebih 2.03 juta di seluruh dunia
Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat (AS) kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 398,000 kes.

Darurat: Boleh pinjam bangunan untuk dijadikan depoh sementara bagi kekang COVID-19
Kesesakan di dalam penjara hingga boleh mengakibatkan penularan dan peningkatan kes COVID-19 dijangka dapat dikekang dengan adanya ordinan khas di bawah Proklamasi Darurat.

Capitol AS ditutup sementara susulan kebakaran di kawasan berdekatan
Kebakaran itu bagaimanapun telah pun dipadamkan dan ia dilaporkan tidak memberi sebarang ancaman kepada orang ramai.

Penerbit tersenarai di kawasan PKP, PKPB hanya boleh adakan mesyuarat secara maya sepenuhnya - SC
Penerbit tersenarai yang berada di kawasan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hanya boleh mengadakan mesyuarat secara maya sepenuhnya.

Pas tangguh semua program parti di Perlis
Arahan melibatkan semua jenis aktiviti termasuk program kuliah di semua premis milik parti.

Bantuan RM500: Pemandu teksi, bas boleh mohon kepada APAD
Sehingga kini, terdapat kira-kira 600 pemohon yang layak tetapi masih belum berdaftar dengan APAD, sekali gus menyukarkan proses penyaluran bantuan.

Pakej bantuan PERMAI boleh rangsang pertumbuhan KDNK, kekalkan PKS - Ahli ekonomi
Pakej bantuan PERMAI bernilai RM15 bilion yang diumumkan hari ini akan membantu mengurangkan kesan lonjakan semula kes COVID-19 dan pelaksanaan PKP 2.0 ke atas KDNK suku pertama.

KPWKM wujud Skuad Prihatin Negara bantu golongan terkesan banjir
Skuad kesukarelawan dan kebajikan itu dianggotai warga kerja kementerian, badan bukan kerajaan (NGO), syarikat korporat dan orang awam.

Peserta payung terjun maut terjatuh di bangunan kementerian di Putrajaya
Seorang peserta terjun tapak, maut selepas dipercayai terjatuh ketika melakukan latihan payung terjun dari bangunan Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di sini, hari ini.

KPWKM sasar hantar bantuan 10,000 kotak barangan keperluan asas ke Sabah
Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM) menyasarkan 10,000 barangan keperluan asas untuk diterbangkan ke Sabah khusus bagi mereka yang terkesan akibat COVID-19.

Plat kenderaan OKU ganti pelekat OKU - Kementerian
Plat kenderaan Orang Kurang Upaya (OKU) akan digunakan bagi menggantikan penggunaan pelekat kenderaan OKU.

Tangani isu rumah perlindungan tidak ikut piawaian - Shazana
WAO dan Engender Consultancy mahu rumah-rumah perlindungan keganasan rumahtangga mematuhi amalan dan piawaian terbaik seperti di dalam Piawaian Rumah Perlindungan Keganasan Rumah Tangga.

JKM laksana inisiatif pengecualian kaji semula bantuan kewangan bulanan
Rina berkata, pelanjutan bantuan dibuat secara automatik kecuali bagi kes-kes yang boleh ditamatkan berdasarkan maklumat yang sahih.

PKPB: Rakyat diminta tidak putus asa, Kementerian Wanita sentiasa membantu - Rina Harun
KPWKM sentiasa membantu setiap rakyat yang mengalami masalah emosi dan psikologi menerusi Talian Kasih.

Bekalan keperluan asas di PKPD Medan 88 mencukupi - Rina Harun
Bantuan bekalan keperluan asas di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Medan 88, Bandar Baru Salak Tinggi mencukupi setakat ini.

Permohonan bantuan kebajikan dijangka meningkat kepada 1.5 juta - Rina
KPWKM menjangkakan permohonan bantuan kebajikan meningkat sebanyak tiga kali ganda kepada 1.5 juta susulan penetapan baharu.

Kembara Prihatin Negara sasar 1 juta penerima bantuan
Program Kembara Prihatin Negara salur bantuan kepada golongan yang memerlukan bantuan khususnya mereka yang terjejas ketika pandemik COVID-19.