KUALA LUMPUR: Kerajaan telah memformulasikan Dasar dan Pelan Tindakan Warga Emas Negara bagi membuat perancangan dan mengambil langkah sewajarnya dalam menghadapi status negara tua pada 2030.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Harun berkata, Malaysia pada 2030 akan mencapai status tersebut apabila dijangka 15.3 peratus daripada populasi rakyat negara ini berumur 60 tahun dan ke atas.
Menurutnya, tindakan dan usaha bersepadu antara kementerian dalam mempertingkatkan penjagaan, perlindungan dan sokongan bagi membolehkan warga emas menjadi anggota masyarakat yang sihat dan aktif dilaksanakan secara berterusan.
“Antara inisiatif yang dilaksanakan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) adalah kajian-kajian holistik yang menjurus kepada persediaan negara ke arah menjadi negara tua merangkumi kesihatan, ekonomi dan sosial.
“Kajian semula Dasar dan Pelan Tindakan Warga Emas Negara merupakan komitmen kerajaan untuk mewujudkan warga emas yang berdikari, bermartabat diri dan dihormati.
"Kajian pewujudan satu akta khusus bagi warga emas memfokuskan kepada promosi dan perlindungan hak asasi warga emas,” katanya lagi.
Rina berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Datuk Hasan Bahrom (BN-Tampin) yang mahu mengetahui perancangan yang strategik dan tuntas dalam mendepani era negara sebagai sebuah negara tua.
Selain itu, Hasan bertanya mengenai perancangan yang lebih konkrit bagi memposisikan kumpulan profesional yang telah berpencen, supaya mereka terus menyumbang kepada pembangunan negara.
Mengulas soalan itu, Rina berkata, bagi penjawat awam yang telah bersara dan masih ingin menyumbang kepada pembangunan negara, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia mengenai Kaedah Pelantikan Pegawai Dalam Perkhidmatan Awam dan Urusan-urusan Lain Berkaitan Pelantikan yang berkuat kuasa 1 Jan 2022.
“Pekeliling ini memperuntukkan pesara yang telah bersara atau dibersarakan mengikut undang-undang pencen layak dipertimbangkan untuk dilantik semula secara kontrak bagi jawatan di Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Kumpulan Pengurusan dan Profesional atau Kumpulan Sokongan.
“Pesara boleh dilantik semula secara kontrak bergantung kepada keperluan sesebuah agensi terhadap perkhidmatan yang boleh disumbangkan dan disahkan sihat oleh pengamal perubatan atau pergigian berdaftar,” katanya lagi.
Bagi tujuan memposisikan kumpulan profesional yang telah berpencen untuk mereka terus menyumbang kepada pembangunan negara, Rina berkata, ia terletak di bawah bidang tanggungjawab Kementerian Sumber Manusia.
“Portal MyFutureJobs yang menawarkan peluang pekerjaan berjaya menempatkan 245 orang warga emas dalam pelbagai sektor pekerjaan bagi tempoh 1 Jan sehingga 22 April 2022.
“Sehingga 31 Mac 2022, Program Seniors back in Action (SEBA), salah satu inisiatif di bawah HRDCorp, berjaya menempatkan 51 orang warga emas menjana pendapatan melalui penawaran pekerjaan yang lebih produktif bersesuaian dengan keperluan pesara,” katanya lagi.
Rina berkata, inisiatif “Hiring Seniors” di bawah TalentCorp dilihat selari dengan aspirasi penuaan aktif melalui pemerkasaan ekonomi warga emas dengan menumpukan kepada kategori M40 dan ke atas (golongan profesional).
Firdaus Azil
Thu Oct 06 2022

Kajian semula Dasar dan Pelan Tindakan Warga Emas Negara merupakan komitmen kerajaan untuk mewujudkan warga emas yang berdikari, bermartabat diri dan dihormati. - Gambar hiasan

Gempa bumi Turkiye-Syria: Angka korban cecah lebih 11,200
Angka kematian di Turkiye dan Syria kini merekodkan jumlah korban tertinggi akibat gempa bumi sejak lebih sedekad lalu.

Sertai Gagasan Rakyat | Terserah kepada keputusan tiga bekas ADUN Warisan – Hajiji
Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada tiga bekas ADUN Warisan untuk memutuskan sama ada mahu menyertai parti itu atau sebaliknya. Jelas Ketua Menteri Sabah itu, sebarang keputusan oleh tiga ADUN itu sudah pasti mengambil kira masa depan politik mereka.

Pendidikan Awal | Sarawak beri RM2.5 juta subsidi yuran prasekolah
Kerajaan Sarawak memberi peruntukan RM2.5 juta bagi subsidi yuran pra sekolah dalam usaha mencapai 100 peratus kanak-kanak mendapat pendidikan awal. Subsidi itu adalah langkah mengurangkan beban ibu bapa terutama golongan B40 selain memberi peluang kepada setiap kanak-kanak di Sarawak didedahkan dengan pendidikan awal.

Kerajaan perlu tumpu aspek meningkatkan pendapatan rakyat - DPDM
Kerajaan sewajarnya mula memikirkan cara untuk membantu rakyat meningkatkan pendapatan.

Pendidikan | Lebih 7,000 kanak-kanak di Sarawak tidak dapat pendidikan awal
Lebih 7,000 kanak-kanak di Sarawak tidak mendapatkan pendidikan awal prasekolah sebelum memasuki tahun 1, kata Datuk Seri Fatimah Abdullah. Angka itu diperoleh beliau menerusi statistik Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak Dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak.

Kurang Guru | KPM digesa pertimbang ambil guru dalam kalangan anak Sabah
Kesatuan Guru-Guru Kerajaan Sabah (KGKS) menggesa Kementerian Pendidikan supaya mempertimbangkan pengambilan guru dalam kalangan anak tempatan. Menurut Presidennya, Mohd Kifflee Alli berkata langkah itu bukan sahaja mampu menyelesaikan isu kekurangan guru Sabah tetapi secara tidak langsung mengurangkan kadar pengangguran di negeri berkenaan.

Pendidikan | KPM perluas sekolah integrasi di seluruh negara
Sekolah integrasi akan diperluas ke daerah-daerah di seluruh negara. Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying berkata, program berkenaan perlu diutamakan kerana memberi pelbagai manfaat dan kebaikan khususnya dalam menyatu-padukan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

#SuaraMalaysia: Menjelang Belanjawan 2023, bantuan sara hidup jadi tumpuan
Sebanyak 57 peratus responden menyatakan bahawa bantuan sara hidup menjadi tumpuan utama mereka.

Projek Sakit | Disebabkan kontraktor tidak cekap - Abang Johari
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan kelewatan projek-projek pembangunan di negeri itu adalah disebabkan kontraktor yang tidak kompeten. Malah tegasnya, semua peruntukan untuk projek-projek itu telah disediakan dan tidak sewajarnya ia gagal atau mengalami kelewatan. Sehubungan itu, Abang Jo mahu isu ini ditangani segera bagi mengelak kerugian kepada kerajaan sekali gus mengecewakan rakyat.

Terima Suapan | Penjawat awam mengaku tidak bersalah
Seorang penjawat awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Khas Rasuah Tawau, hari ini atas dua pertuduhan menggunakan jawatannya mendapatkan suapan, tiga tahun lalu. Tertuduh Mahasan Nordin 36 tahun, membuat pengakuan itu dan memohon untuk dibicarakan sebaik sahaja pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Jason Juga.

KPWKM terajui perancangan dasar Malaysia hadapi status negara tua menjelang 2030
Pada 2030, dijangka sebanyak 15.3 peratus daripada populasi rakyat Malaysia berumur 60 tahun dan ke atas.