awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pencalonan Oscars 2026: Lima aktor bersaing bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik
Selepas menanti 24 jam, emas 100m T12 kekal milik Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar ditendang, seluar dilondeh oleh enam senior

Sinar Harian
Sinar Harian
20/08/2025
08:01 MYT
Pelajar ditendang, seluar dilondeh oleh enam senior
Ibu saudara mangsa mendakwa kejadian dikatakan didalangi enam pelajar Tingkatan Empat. - Gambar hiasan
PASIR MAS: Seorang pelajar di sebuah sekolah di sini cedera selepas dipercayai dipukul, seluar dilondeh dan nyaris dijerut dengan dawai oleh sekumpulan pelajar pada Selasa.

Ringkasan AI
  • Seorang pelajar cedera selepas dipercayai dipukul, seluar dilondeh dan nyaris dijerut dengan dawai oleh enam pelajar Tingkatan Empat di sebuah sekolah di Pasir Mas, sebelum diselamatkan oleh guru yang melalui kawasan kejadian.
  • Ibu saudara mangsa mendedahkan insiden itu di media sosial dan mendakwa enam keluarga pelaku datang meminta kes ditarik, sementara ibu mangsa masih trauma dan menyerahkan siasatan kepada pihak polis.
  • Ketua Polis Daerah Pasir Mas mengesahkan menerima aduan berkaitan kejadian tersebut dan siasatan sedang dijalankan.

Dakwaan tersebut didedahkan oleh ibu saudara kepada pelajar berkenaan menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Facebook miliknya.
Ibu saudara pelajar berkenaan mendakwa kejadian dikatakan didalangi enam pelajar Tingkatan Empat kira-kira jam 10 pagi sebelum disedari guru yang melalui kawasan berkenaan.
"Anak saudara saya ditendang, ditumbuk, dipukul, ditampar, seluar dilondehkan paras lutut, leher hampir dijerut dengan dawai.
"Jika guru tidak lalu, mungkin anak saudara saya sudah mati di tangan pembuli," tulisnya.
Menurut wanita itu lagi, pada Selasa malam enam keluarga datang rumah ibu bapa untuk minta kes tersebut ditarik.
"Semua pembuli itu baru Tingkatan Empat, namun boleh berfikir dan melakukan sampai tahap ini. Apa akan jadi bila mereka berusia 20 tahun?" katanya.
Sementara itu ibu mangsa semasa dihubungi mengakui masih trauma dengan kejadian yang menimpa anaknya.
Katanya, dia menyerahkan kes tersebut kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed ketika dihubungi mengesahkan menerima aduan berkaitan kejadian terbabit. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kes buli
#sekolah
#Kelantan
#londeh seluar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan