Kredibiliti petisyen menuntut kebebasan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipaparkan di laman sesawang White House kini amat diragui selepas isu penarikan petisyen itu semalam.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek hari ini berkata tindakan pengendali laman sesawang White House memaparkan kembali petisyen itu selepas ditarik semalam, juga membuktikan pejabat rasmi Presiden Amerika Syarikat (AS) itu mempunyai sistem kawalan teknologi maklumat (IT) yang lemah.
Katanya alasan bahawa petisyen itu yang ditolak White House semalam atas kesilapan sistem, tetapi muncul semula di talian hari ini dan dikatakan sudah mencapai 100 ribu sokongan juga adalah mencurigakan dan memalukan negara itu.
"Semalam mereka buat kenyataan bahawa petisyen yang dibuat untuk meminta campur tangan White House terhadap kes Anwar Ibrahim telah ditolak kerana berlakunya penipuan...tetapi hari ini mereka tarik balik dan kata tiada penipuan, dalam masa serta-merta mereka katakan bilangan tanda tangan sudah
cukup 100,000.
"Bagi saya kenyataan yang dibuat itu amat pelik dan memalukan pihak kerajaan AS yang sepatutnya mempunyai sistem IT paling canggih di dunia", katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.
Semalam, satu petisyen menuntut pembebasan Anwar daripada penjara yang tersiar melalui platform 'We the People' dalam laman sesawang White House, dikeluarkan pentadbirnya kerana dikatakan melanggar peraturan ditetapkan.
Ahmad Shabery berkata kesilapan itu menyebabkan keseluruhan kredibiliti petisyen itu musnah sama sekali.
Katanya seluruh rakyat Malaysia serta masyarakat dunia juga seharusnya menganggap petisyen itu sebagai alat untuk kepentingan tertentu, termasuk usaha untuk menjustifikasikan campur tangan AS terhadap negara lain.
Perkara itu katanya membimbangkan kerana terdapat pihak tertentu yang cuba melobi hanya untuk kepentingan sendiri.
Kesilapan AS itu turut mengundang pelbagai reaksi rakyat menerusi komen di laman Facebook kedutaan itu di sini.
Antaranya, Sharif Banafee Shaza Irinah dengan komen "Jangan campur urusan kami..hormati negara kami!" dan Ben J Yeo "Secara jujur saya setuju tiada kuasa asing mencampuri masalah negara kami".
Turut memberi komen, Hafiz Hilmi Md Rijani "Saya tidak faham kenapa pambangkang Malaysia minta tolong dari kamu semua. Selesaikan masalah anda sendiri dulu, sebelum bantu orang lain".
Sementara itu Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional Tan Sri Shahrir Abdul Samad pula menyifatkan tindakan AS itu menghilangkan keyakinan rakyat dan seluruh masyarakat dunia.
"Saya hilang terus kepercayaan ke atas apa yang dibuat oleh White House secara online, kerana penipuan ini bukan datang dari sebelah kita tetapi ada intervensi pihak lain yang rapat dengan kedutaan AS," katanya.
Bernama
Wed Mar 11 2015
Semalam, satu petisyen menuntut pembebasan Anwar daripada penjara yang tersiar melalui platform 'We the People' dalam laman sesawang White House, dikeluarkan pentadbirnya kerana dikatakan melanggar peraturan ditetapkan.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
AWANI Ringkas: Amaran hujan tahap waspada sehingga Jumaat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Isu jualan saham KPF akan selesai dalam tempoh enam hingga sembilan bulan - Ahmad Shabery
Aset pelaburan dan modal koperasi itu yang kini bernilai lebih RM4 bilion sedang distruktur semula dan akan dicairkan.
Kod etika wartawan baharu bertepatan keperluan dunia kewartawanan - Shabery
Ia selaras dengan peredaran zaman dan cabaran teknologi serta peranan penting mereka sebagai suara rakyat.
Polisi mampan ekonomi kitaran perlu dibangunkan - Ahmad Shabery
Ahmad Shabery berkata, sekiranya berjaya, pengaplikasian ekonomi kitaran dijangka memberi keuntungan lebih RM100 bilion.
Felda beri penekanan amalan ekonomi kitaran dalam KEB 2024
Ahmad Shabery berpendapat Malaysia harus membangunkan peta hala tuju ke arah perlaksanaan ekonomi kitaran yang lebih menyeluruh.
Peneroka Felda terpaksa tanggung kerugian jika harga gula kekal rendah - Shabery
Kenaikan harga gula mentah berkali ganda sejak 2020 menyebabkan harga gula sebenar jauh melangkaui harga siling yang ditetapkan.
Shabery Cheek sedia bantu BN rampas kerusi Parlimen Kemaman
Ahmad Shabery berkata kekalahan BN dengan majoriti lebih 27,000 undi pada PRU15 bukan halangan besar bagi gabungan itu memenangi PRK itu.
Kekalkan kestabilan Johor sebagai negeri barisan hadapan ekonomi Malaysia
Katanya, Johor yang sudah maju di bawah pentadbiran Pakatan Harapan sebelum ini dilihat makin kukuh dan kuat di bawah gandingan BN-PH.
Isu Felda boleh selesai di bawah pentadbiran kerajaan negeri, pusat yang sama - Ahmad Shabery
Felda yakin beberapa isu yang menghimpit peneroka di Kelantan akan dapat diselesaikan dengan baik sekiranya kerajaan negeri dan kerajaan pusat bernaung di bawah tampuk pimpinan yang sama.
Warga Felda berperanan corak landskap politik tanah air - Ahmad Shabery
Warga Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) memainkan peranan besar dalam mencorakkan landskap dan masa depan politik tanah air.
Komitmen kerajaan bantu kurangkan beban kewangan Felda - Pengerusi
Jaminan itu memberi makna yang besar kepada Felda dalam usaha melaksanakan transformasi.