Seorang cedera di kepala selepas keretanya dirempuh sebuah jentera kren di jalan 17/21 Seksyen 17, di sini, pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba Dan Penyelamat Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.32 pagi dan terus menggerakkan sebuah jentera bomba dan lima anggota ke lokasi kejadian.

Kejadian dipercayai berlaku apabila kren terbabit sedang melalui jalan yang berbukit sebelum mengundur secara tiba-tiba, dipercayai akibat masalah brek.

"Jentera berat itu kemudiannya melanggar sebuah Toyota Camry sebelum merempuh dinding sebuah rumah berhampiran.

"Penghuni rumah berkenaan bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.


Pemandu Toyota Camry yang cedera dihantar ke Hospital Kuala Lumpur manakala isterinya tidak mengalami sebarang kecederaan.