"Ayah pergi solat," kata isteri Allahyarham Shahidan Saad kepada anak tunggalnya, selepas Muhammad Afiq Amzar, 3, tidak melihat kelibat bapanya di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) di sini hari ini.
Isteri Shahidan, Maziatunazna Bidin @Ibrahim, 44, dan abang iparnya, Sobri, 56, antara 279 jemaah haji Kedah dan Perlis yang tiba di LTSAH pada 8.20 pagi ini menerusi pesawat Malaysia Airlines Berhad (MAB), KT7 dari Jeddah.
"Saya amat gembira dapat melihat anak saya dan apabila jumpa (dengan anak) dia terus bertanya dan mencari ayahnya. Saya cakap ayah pergi solat," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata mereka akan menunggu masa yang sesuai untuk memaklumkan kepada anak tunggalnya itu tentang insiden kren tumbang di Masjidil Haram 11 Sept lepas, yang meragut nyawa bapanya.
Katanya setakat ini dia tidak mempunyai apa-apa perancangan dan akan terus tinggal di rumah mereka bagi membesarkan anaknya, dan bersyukur kerana dapat menunaikan ibadah haji sehingga selesai dan reda dengan ketentuan Allah.
Maziatunazna berkata selepas mengetahui suaminya dilaporkan hilang, dia sentiasa berdoa agar suaminya dijumpai semula serta menunggu maklumat terkini daripada petugas Tabung Haji (TH).
"Selepas kejadian itu memang kami tidak dibenarkan keluar untuk menunaikan solat di Masjidil Haram. TH juga telah menguruskan badal haji Allahyarham," katanya.
Katanya sebelum kejadian itu arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan dan bersembang seperti biasa serta tidak meninggalkan apa-apa pesanan.
Sementara itu abang Allahyarham Shahidan, Sobri, berterima kasih kepada pihak pengurusan TH yang membantu menguruskan jenazah adiknya dengan sempurna.
Pesara guru itu berkata dia bersama seorang lagi adiknya Zulhakimi, 37, berpeluang melihat proses pengebumian Allahyaham Shahidan di Tanah Perkuburan Maqbarah As-Shohada.
Sobri berkata ahli keluarganya akan membantu isteri Allahyarham mengurus dan membesarkan Muhammad Afiq hingga dewasa sebagai tanggungjawab mereka sekeluarga.
Dalam kejadian 5 petang pada 11 Sept lalu, lebih 100 jemaah haji terkorban manakala beratus lagi cedera selepas kren binaan tumbang menghempap bangunan Masjidil Haram, selepas umat Islam selesai mengerjakan solat asar.
Tujuh jemaah haji Malaysia termasuk allahyarham Shahidan terkorban.
Bernama
Fri Oct 02 2015
Isteri Allahyarham Shahidan Saad, Maziatunazna Bidin @Ibrahim, 44, (kiri) bersama anak tunggalnya Muhammad Afiq Amzar, 3, ketika tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) hari ini. - Foto Bernama
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Insiden kren SUKE: Gagal pastikan keselamatan di tapak pembinaan, Zhongshi International didenda RM45,000
Syarikat itu didakwa gagal memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan semasa bekerja semua pekerjanya dengan tidak memastikan pengendalian komponen kren gantri yang selamat.
Mayat pemandu treler balak terbalik dalam tasik ditemui
Pemandu yang dikhuatiri lemas selepas treler balaknya terbalik ke dalam tasik di Kilometer 47, Jalan Lojing-Gua Musang, di sini, semalam, ditemui maut terperangkap dalam kenderaan itu, hari ini.
Tragedi kren SUKE: Prolintas patuh arahan LLM lantik juruadit bebas
Prolintas dan SUKE akan memberikan komitmen dan kerjasama penuh kepada juruaudit bebas tersebut dalam mengkaji punca sebenar kejadian.
Siasatan tragedi SUKE siap dalam tempoh sebulan - JKKP
Siasatan melibatkan pemerhatian dan penelitian di lokasi kejadian, mengambil keterangan saksi dan melakukan analisis kejuruteraan forensik bagi melengkapkan proses siasatan.
Adakah jalan-jalan kita selamat?
Jika ia melibatkan orang awam yang hanya secara kebetulan berada di tempat kejadian. sudah tentu rakyat akan menuntut tindakan-tindakan yang drastik.
Insiden kren Lebuh Raya SUKE: Satu lagi mangsa korban dipercayai masih tersepit
Seorang lagi mangsa kejadian kren terjatuh di tapak pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di Jalan Alam Damai, di sini disahkan masih belum berjaya dikeluarkan.
Pekerja kilang warga Myanmar maut dihempap kren
Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang Syamzul Razman Abd Halim berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 8.23 malam.
Wanita nyaris maut kereta dihempap besi menara kren
Mangsa berusia 25 tahun yang memandu kereta jenis Perodua Myvi dalam perjalanan pulang ke rumahnya.
Kren runtuh di pelabuhan India, 11 maut
Ketika kejadian, kren besar yang runtuh menimpa beberapa individu itu sedang digunakan bagi mengangkut muatan kapal.
Jejantas jatuh timpa lori, pemandu derita tersepit empat jam
Lori telah melanggar jejantas pejalan kaki mengakibatkan jejantas itu jatuh dan menimpa kepala lori dan seorang mangsa didapati tersepit.