awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Jepun bangunkan sistem AI lakar wajah suspek
[KOLUMNIS] 2026: Cabaran dan agenda perkhidmatan awam negara
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Krisis dadah kanak-kanak kritikal, penguatkuasaan sahaja tidak mencukupi - Lee Lam Thye

Bernama
Bernama
26/09/2025
09:59 MYT
Krisis dadah kanak-kanak kritikal, penguatkuasaan sahaja tidak mencukupi - Lee Lam Thye
Lee Lam Thye juga menekankan bahawa krisis dadah bukan sekadar masalah penguatkuasaan undang-undang sebaliknya isu sosial negara. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pendedahan mengejutkan mengenai kanak-kanak seawal usia 10 tahun terbabit dalam penyalahgunaan dadah membuktikan keperluan mendesak untuk memberi keutamaan kepada langkah pencegahan berbanding bergantung sepenuhnya kepada penguatkuasaan, kata Pengerusi Alliance for a Safe Community Tan Sri Lee Lam Thye.
Beliau berkata pendedahan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam temu bual khas bersama Bernama baru-baru ini mencerminkan betapa kritikalnya masalah dadah di Malaysia, yang kini mula menjerat kanak-kanak pada usia sepatutnya mereka menumpukan perhatian kepada sekolah dan keluarga.
"Penyalahgunaan dadah bukan lagi isu yang terhad kepada golongan dewasa atau remaja. Ia kini menjejaskan kanak-kanak pada usia ketika mereka sepatutnya berada di sekolah, bermain dan membina masa depan. Mereka sepatutnya berada dalam persekitaran selamat di bawah jagaan serta pengawasan ibu bapa atau penjaga.
"Keadaan ini menuntut perhatian segera dan tindak balas lebih tegas daripada semua pihak iaitu kerajaan, agensi penguatkuasaan, sekolah, ibu bapa serta masyarakat keseluruhannya. Kita mesti mengakui penguatkuasaan sahaja tidak mencukupi. Pencegahan mesti menjadi keutamaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Lee berkata pendidikan menyeluruh mengenai bahaya dadah perlu dimulakan lebih awal di sekolah dan disokong dengan program berasaskan komuniti yang meningkatkan kesedaran ibu bapa serta golongan muda tentang risiko penyalahgunaan dadah.
"Pada masa sama, perkhidmatan kaunseling dan pemulihan yang mudah diakses perlu diperkukuh bagi memastikan tiada kanak-kanak yang tercicir sebaik dikenal pasti berisiko.
"Sama penting, masyarakat mesti memainkan peranan dalam mewujudkan persekitaran selamat untuk kanak-kanak kita, bebas daripada pengaruh pengedar dadah dan sindiket yang mengambil kesempatan ke atas golongan muda," katanya.
Beliau menegaskan kerjasama yang lebih erat antara pihak berkuasa dan masyarakat adalah penting bagi melindungi kanak-kanak daripada ancaman ini.
Lee juga menekankan bahawa krisis dadah bukan sekadar masalah penguatkuasaan undang-undang sebaliknya isu sosial negara.
"Jika kanak-kanak seawal usia 10 tahun sudah terjerat dalam ketagihan, maka masa depan kita berada dalam bahaya. Kita mesti bertindak sekarang, dengan tegas dan bersama-sama untuk menghentikan krisis ini sebelum ia merosakkan seluruh generasi," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#masalah dadah
#keselamatan
#Lee Lam Thye
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan