awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pekerja pelaburan masa depan – Dr Dzulkefly
PRK Lamag catat 44.50 peratus keluar mengundi setakat 1 tengah hari - SPR
PRK Kinabatangan: 43.23 peratus keluar mengundi setakat 1 tengah hari - SPR
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Krisis dadah: Ketua Polis Fillipina letak jawatan bagi memulakan 'pembersihan'

Astro Awani
Astro Awani
05/01/2023
23:30 MYT
Krisis dadah: Ketua Polis Fillipina letak jawatan bagi memulakan 'pembersihan'
Ketua Polis Filipina Jen Rodolfo Azurin Jr menunjukkan surat peletakan jawatan secara ihsan dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Camp Crame. - Foto AP
MANILA: Ketua Polis Filipina, Jen Rodolfo Azurin Jr menyerahkan surat peletakan jawatan secara ihsan pada Khamis bagi memulakan "pembersihan" dalam pasukan polis, lapor Manila Times.
Menteri Dalam Negeri Benjamin Abalos Jr juga menggesa pegawai tertinggi lain supaya 'iklhas' meletakkan jawatan mereka untuk membersihkan pegawai dalam perkhidmatan itu yang terpalit dengan pengedaran dadah.
Katanya bagi mengelakkan jabatan itu lumpuh, mereka yang akan menyerahkan "peletakan jawatan secara ihsan" mereka, pada dasarnya menawarkan untuk meletakkan jawatan secara sukarela daripada pasukan itu, akan kekal dalam pekerjaan mereka.
Imej pasukan polis negara tercalar pada Oktober, apabila seorang Sarjan polis ditahan kerana mengedar dadah dan membantu menyembunyikan hampir satu tan methamphetamine di Manila.
Ia bukan kali pertama pendekatan seperti itu digunakan untuk membersihkan perkhidmatan polis Filipina.
Pada awal 1990-an, Bekas Presiden, Fidel Ramos bertindak keras terhadap polis dengan mengarahkan semua pegawai berumur lebih 56 tahun atau lebih 30 tahun dalam perkhidmatan meletak jawatan.
Topic Berkaitan
#krisis dadah
#Rodolfo Azurin Jr
#letak jawatan
#pembersihan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan