awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Krisis Malaysia-Korea Utara dalam fasa ketegangan, bukan perang - Penganalisis

Astro Awani
Astro Awani
08/03/2017
09:53 MYT
Krisis Malaysia-Korea Utara dalam fasa ketegangan, bukan perang - Penganalisis
DR AZIZUDDIN: Konvensyen Geneva hanya diguna pakai apabila peperangan atau konflik bersenjata. -Gambar fail
Penyelesaian krisis diplomasi di antara Malaysia dan rejim komunis Korea Utara yang kian memuncak sejak semalam tidak perlu berpandukan Konvensyen Geneva.
Penganalisis Hubungan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Azizuddin Mohd Sani menegaskan Kuala Lumpur-Pyongyang bukan dalam fasa peperangan, sebaliknya hanya diselubungi ketegangan.
“Konvensyen Geneva hanya diguna pakai apabila peperangan atau konflik bersenjata.
“Dalam krisis Malaysia-Korea Utara, pelbagai peraturan dan undang-undang antarabangsa lain di bawah Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) telah menggariskan rangka-rangka khusus penyelesaian,” katanya ketika ditemu bual Astro AWANI petang tadi.
Pada masa sama, Azizuddin tidak menolak pendapat bahawa krisis boleh diredakan dengan penglibatan orang tengah.
Namun, ia memerlukan orang tengah yang benar-benar dipercayai dan dipersetujui oleh kedua-dua negara.
“Ya, memang ramai melihat China mampu berperanan sebagai orang tengah kerana hubungan baik dengan Malaysia dan Korea Utara.
“Tetapi, kedua-dua negara perlu selesa dengan negara yang ingin berperanan sebagai orang tengah,” katanya.
Topic Berkaitan
#Azizuddin Mohd Sani
#Konvensyen Geneva
#Korea Utara
#krisis diplomasi
#PBB
#rejim komunis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan